Dead Space 3 telah berada dipasaran dan banyak video gameplay dan walkthrough telah dikeluarkan dan bilangan yang telah menghabiskan pasti lebih banyak. Dan sama juga saya, saya telah menghabiskan game tersebut dalam masa 4 hari ( sehari sekitar 4-5 jam). Saya cuma gunakan Level Casual sahaja ( Level yang paling senang) memandangkan saya ada komitmen lain.
Dead Space 3, Game yang memang menarik, ramai diluar sana mengatakan keseraman untuk game Dead space kali ini tidak begitu menyeramkan jika dibandingkan dengan 2 game sebelum ini. Tetapi disebabkan saya tidak bermain dengan dua game Dead Space sebelum ini, saya tidak boleh nak komen banyak mengenai lebih seram atau tak. Tetapi bagi saya game ini memang menyeramkan. Antara unsur-unsur keseraman ialah bunyi bunyi persekitaran seolah olah raksasa raksasa atau Necromorph ini sentiasa ada berdekatan walaupun sebenarnya tiada. Buatkan perjalanan kita didalam game ini sentiasa berjaga-jaga. dan ada juga beberapa elemen kejutan seperti Necromorph yang tiba tiba keluar dari tanah yang benar benar buat saya terkejut.
Dari segi gameplay pula, Saya sukakannya, ianya ringkas, kamera yang sentiasa dibelakang watak ketika berjalan, dengan ada pula kuasa telekinesis ( mengangkat barang dari jauh mengunakan kuasa minda) dan kuasa static (memperlahankan pergerakan objek dan juga Necromorph). dan paling menarik dalam game ini kita boleh membina dan upgrade senjata kita sendiri. bagi pemain Dead Space yang sebelum ini mungkin sudah biasa.
Dari Segi Cerita, Saya puas hati, Jalan cerita dan skrip dibuat dengan baik sekali. ada sedikit elemen perasaan, cinta, cemburu marah yang saya rasa seronok menghayati cerita game ini.dan endingnya yang saya rasa "dah habis ke?". Tak puas hati dengan endingnya. Tapi ini mungkin pengakhiran bagi Isaac setelah apa yang dilaluinya selama ini. atau ada Alternate ending lain atau ada sambungan lagi selepas ini??
Tiada komen pasal watak watak Necromorph dalam game ini. Ianya memang telah dibuat teliti dan setiap watak menjalankan fungsi wataknya dengan baik( walaupun sesetengah Necromorph yang agak menjengkelkan). Necromorph yang bergerak laju dan susah dibunuh dengan sekali tembakan memang buat ini menakutkan, percaya atau tak saya telah mati beberapa kali sebanyak sahaja berjumpa dengan Necromorph buat kali pertama (Mungkin saya belum lagi menjadi gamer yang pro).
Keseluruhannya. Game ini yang menarik. dan walaupun tidak pernah mengikuti game yang sebelum ini. saya berminat dengan game ini. Dan bagi peminat Dead Space, Sila lah main game ini untuk mengetahui jalan cerita untuk episod terakhir ini. Dan kalau nak 'Feel' mainlah level tinggi - tinggi sikit. :)