Showing posts with label PC. Show all posts
Showing posts with label PC. Show all posts

MOUNT & BLADE WARBAND: PERSONAL REVIEW



Ingin melalui pancaroba kehidupan pahlawan di zaman medieval? Alami sendiri secara solo atau multiplayer dalam pengembaraan open-world di dunia Calradia...

Pernah terfikir bagaimana seorang pahlawan hidup di zaman medieval? Boleh bayangkan debaran mengayun pedang di atas kuda perang dalam pertempuran? Tahu tak perasaan mengembara ke penjuru dunia dengan cabaran mengumpul kekayaan dan kenalan? Bagaimana seorang rakyat biasa boleh bangkit mengumpulkan kuasa dan menjadi raja?

Mount & Blade: Warband pasti mampu memberikan jawapan kepada persoalan tersebut. Di terbitkan oleh Paradox Interactive hasil usaha Taleworld, sebelum ini ia di keluarkan dengan siri awal Warband sebelum di penambahbaikkan lagi dalam keluaran ini. Pertempuran yang jauh lebih mencabar dalam multiplayer dan pengembaraan di dunia luas Calradia pagi peminat singleplayer.

Mungkin ada yang terbaca bahawa bagi fungsi singleplayer dunianya terlalu besar untuk di terokai, musuh terlalu ramai untuk di hadapi dalam perang yang tanpa henti dan masa yang terlalu lama di perlukan untuk memahami, tapi di sinilah rahsia sebenar keunikan Warband yang ramai tidak sedar. Dunia permainan singleplayer adalah begitu luas ada pelbagai cara anda boleh mainkan dan tempuhi untuk mencari destini mengikut selera permainan masing-masing.

Tidak sabar untuk bermula? Main tutorial dulu sayang...
Tapi sebelum bermula perlu tahu apa bentuk permainan dalam Warband terlebih dahulu. Anda akan mengembara di pandangan jauh pada peta dunia, bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Tapi pertempuran adalah dalam pandangan macam first person shooter, guna pedang, busur, crossbow, baling kapak...dan anda boleh menunggang kuda.

Tak sabar nak cuba? Main tutorial dahulu. Warband direka di mana ia sifat fizik....er....bahasa mudah pergerakan objek dalam game mengikut hukum dalam dunia nyata. Objek berat seperti parang panjang lambat nak libas, nak tembak panah kena ambil kira lengkungan trajektori, kena rempuh kuda boleh terpelanting, dan banyak lagi. Teknik pedang juga unik sebab arah melibas dan tikaman pedang boleh di tentukan mengikut kawalan pemain. Nak tepis serangan pun kena kawal halang dari arah mana serangan (tapi boleh pilih automatic block kalau malas nak kawal).

Memang saya sendiri terasa remeh nak buat tutorial ni. Leceh nak dengar ceramah la, nak kena tunggang kuda sambil lempar tombak la, panah itu ini..tak kena kena buat lagi...bla bla bla...tapi percayalah kalau tak belajar tutorial memang sengsara nak kuasai teknik berlawan. Bagi saya multiplayer mungkin ada banyak keseronokannya tapi lebih gemar main singleplayer/solo...erm...sebab saya tak pandai berlawan, teruk kena belasah dengan pemain online...hehe...kantoi tak study tutorial...

Membunuh? Terbunuh? Bunuh ajer la...
Masa kini pemain hanya menggiurkan grafik yang cantik semata...apa yang berkilau di mata tak kira intan mahupun kaca kira sapu semua...dah terpotong dek kaca baru nak marah menghina...anyway kalau main Warband masa yang ada untuk menikmati grafik yang indah adalah semasa melawat kota atau lokasi khas. Kalau nak nikmati keindahan grafik semasa medan pertempuran alamatnya nak makan mata tombak musuh.

Sememangnya pertempuran dalam Warband memang mencemaskan sebab kalau main game yang asal (native dan bukan modifikasi oleh modder) nyawa sepanjang berlawan tidak akan bertambah. Kena pandai-pandai nak hidup. Tak boleh nak rempuh musuh sesuka hati...well, boleh kalau mampu nak beli kuda perang yang mahal dan lance...

Dengan kata lain teknik pertempuran dalam Warband bergantung sepenuhnya kepada cara permainan (dan cara upgrade skill character). Ingin rempuh dengan kuda? Mengamuk dengan kapak? Main kejar-kejar sambil tembak dengan panah? Crossbow pun ada...di samping anda perlu bagi arahan kepada pasukan sendiri di medan perang.

Ops lupa nak cakap...bukan sekadar jadi pahlawan di medan perang, pemain juga adalah pemimpin atau general kepada pasukan tentera sendiri...dah nama game ni WarBand (Pasukan Perang?)

Beli bang, jangan tak beli...tu, kuda kepang tu murah ajer...
Yep...kena kawal pasukan tentera, bagi latihan sebab setiap unit boleh upgrade kepada jenis-jenis berbeza ikut kesukaan pemain. Rasa nak pakai spearman? Axewarrior? Swardian knight? Ikut suka...tapi ikut la logik juga strategi, jangan nanti lawan musuh pemanah guna kapak nanti senak telan panah kalau askar takde perisai...

Kita boleh mengembara ikut suka sendiri dan cara sendiri...boleh lawat kampung atau kota dan ambil misi latih orang, buru penjahat, lawan bandit, hantar barang atau lindungi rombongan pedagang. Kalau ambil misi dengan pembesar atau raja boleh ambil hati mereka, jadi askar upahan raja atau kalau cukup terkenal boleh sertai negara sebagai pembesar.

Tapi awas sebab bila dah terlibat dengan politik, kena ikut cakap parti...er...ikut keadaan la, kalau join satu kerajaan yang bermusuh dengan kerajaan lain kita secara automatik dicap sebagai musuh. Jadi pastikan diri sendiri dan pasukan tentera cukup kuat (boleh upgrade level sendiri dan belajar skill-skill khas) dan mesti mempunyai kekayaan yang secukupnya.

Betul, kekayaan atau lebih tepat mesti ada duit yang cukup. Banyak nak pakai duit untuk maintenance pasukan tentera nih...lagi mahal dari maintenance awek. Nak kena beli makanan, rekrut unit kuat yang lebih mahal, bayar upah setiap minggu, nak makan pun kena bayar....dan modal untuk berniaga...

Kota yang indah permai...tempat orang singgah berdagang...
Perdagangan penting untuk cari duit banyak, cari duit untuk buat duit...selain dari beli barang murah dan jual kat tempat lain yang beli dengan harga tinggi, boleh beli perusahaan di bandar yang akan menyumbangkan untung yang lumayan setiap minggu. Lebih banyak duit maka boleh memiliki tentera peribadi yang lebih ramai dan lebih kuat. Tapi ingat kalau bermusuh dengan kerajaan yang memiliki kota itu, perusahaan kena tutup sampai aman semula...so sekali lagi diingatkan, hati-hati bila berpolitik.

Tapi bagi yang minat keganasan, duit boleh dicari dengan menyerang rombongan pedagang, rompak kampung dan jual rampasan perang. Tentera musuh yang dikalahkan juga menyumbang kepada sedikit pendapatan di samping musuh yang ditangkap  boleh dijual sebagai hamba (arah tentera guna senjata tumpul), kalau dapat tangkap pembesar atau raja lagi besar bayaran tebusannya.

Selain itu tidak lupa bahawa aspirasi tertinggi seorang pemain ialah menjadi raja pemerintah ke seluruh kerajaan Calradia. Kita perlu mengumpulkan pengikut (hero & heroin) dan juga pengaruh dengan para pembesar kerana mereka di kemudian hari akan menjadi tunggak untuk membina kerajaan baru. Hubungan baik perlu di bentuk dari awal permainan.

Kota yang indah permai...eh apasal letak tangga kat sini?

Kesimpulannya Warband adalah game yang mudah untuk dimainkan tetapi sangat susah untuk di kuasai. Tanpa sedar pemain akan menghabiskan beratus-ratus jam (tak tipu berbulan main pun tak puas...) menghadap Warband dari hari ke hari hingga ke hari tua...


Penghasil : Taleworld
Penerbit : Paradox Interactive
Pelantar : Microsoft Windows
Tarikh Keluar :  Mar 30. 2010


Akan datang adalah mengenai Mount & Blade di zaman senapang gunpowder dan juga mengenai mod yang direka oleh peminat Warband serta program tambahan untuk modifikasi game bagi menambahkan lagi nilai keseronokan permainan ini.

Impire Game Guide (English Version)



Impire Game Guide (English Version)

How to quick start your dungeon?
Do the usual stuff to start food production—don’t forget to assign an imp to the facilities! Then build nursery room and kitchen and other stuff you could afford but try to build at least another store room—very important for progress.

Send one squad out on raid continuously for materials and once for treasure for that first 10 points to unlock second squad. Also on later stage when you have the runes, doing raids is a quick step to get 4 squads by upgrading the runes (by getting DEC points) for an extra squad making the max of 5. Best time to send them on raid is just after you fight a hero attack, you’ll get four or five raids or even more before the next ladder warning.

Materials are the most important stuff to gather while mushrooms will increase over time if you leave the imps to do their job…so remember to always conjure max imps to serve your dungeon. Treasures are only needed to increase squad numbers, max needed is 150 treasure so you just need to build 3 treasure pit max, no more.

Get that training room ready—you need it to lvl your squad to lvl 2 because by upgrading not only unit but also squad level you’ll get more bonus for the whole squad! Also when you are able, don’t forget to upgrade their armour and weapons…a reason why you need to send your squad on constant raid for materials.
In squad control tab remember to set at least 2-3 squad with patrol preference. Why? Because when they see those pesky ladders they will automatically attack it also when you teleport them near a ladder you don’t need to waste time ordering them to attack. Then leave 1 or 2 squad near entrance to fight the incoming heroes.

Need to feed your minions? Well maybe some people prefer to build more kitchen but using a Hater mascot goes a long way to maintain your minions aggressiveness level. At least those whose on patrol should use Hater mascot so that they won’t take up more time for feeding.
Also place extra minions without squad near entrance to beef up defence…every little extra claws would help. Don’t forget to train individual squadless minion to lvl 2 and upgrade their equipments…and from time to time feed them…they’ll be invaluable to replenish damaged squad.
Just final reminder about squad…place a priest in them as healer…they’ll last longer and able to survive against stronger enemy.

Combat?
Don’t forget, use squads not individual minions…the squad bonus is so important that it’s the very core of Impire combat system. Multiple squads with different mix and match would also add many different effects like one squad could resist fear, one could stun, the other could reduce armour…so on and so forth.

The ultimate technique for battle are summed in three words…teleport, teleport, teleport!
Need to destroy an enemy? Teleport next to them one by one, better send all five squads at once…losing a squad member to a strong hero is a damaging effect to the squad on a long run…it takes time to get your minion to lvl 3 with fully upgraded equipments. Remember, don’t just teleport in at one spot, no need to be honourable at all and just come at them from all sides like a true demon that you are!

In trouble? Watch over the health of your squad (either by pressing spacebar or monitoring them in the squad management window) and if they are in danger of dying teleport them far away or just behind another squad to take them out of the heat and not becoming the target of heroes but could still help with the fight. Also if your main attack squad is too few in number, never hesitate to call up all your squad to teleport into battle.

Use Bjal-Abbadon to the fullest! He is your strongest fighter! Best use Bjal to explore and when attacked by heroes, teleport in your squads. Don’t use your squad to follow him around because:

  1. They are better use for patrol or waiting turn to feed.
  2.  If enemy sees them first they’ll become attack targets and might get killed.
  3.  Worst they might attract a large group of enemies and got destroyed before you could teleport them out…it takes time to teleport two squad and Bjal out of trouble.
  4.  If Bjal on his own he could easily escape trouble or respawn if dead…same as reason 3 because squad members could block his way to attack or flee.
Another technique I use is to use Bjal-Abbadon to lure enemy to the bulk of my squads waiting behind. When the enemy is chasing Bjal they will come one by one and easily defeated…sneaky don’t you think?
Finally if you are far away from base and your need to replace squad members…due to death or discovering new monster type…just replace them in squad management window and then teleport them at any location, the full squad and new member will appear…no need to walk around like pathetic mortal human.
On the squad management window, you could change the preference for each squads and a few things you should remember:

  1. Patrol order ensures that squad will aggressively attack any enemy or objects.
  2. Follow Bjal-Abbadon order is not so good in my opinion especially when exploring enemy location. You might attract enemy patrol and endanger everyone. I takes time to teleport everyone away…better let Bjal explore alone and teleport in squads as needed.
  3. There’s a box shaped button…I think it’s the choice of what to do with heroes you’ve defeated…turn them material, ransom them for gold, use them for training, or just throw them into the extractor for extra DEC points and dungeon level.

Important Buildings
Nursery & Kitchen (& Dive): The most important thing you need to build.
Storeroom: you need about five to keep just enough surplus materials to keep you going without going constantly on raid all the time and for emergency.
Treasure pit: max 3…no more no less.
Training: as soon as possible…lvl 2 minion or squad got better chance at survival.
Workshop: important when you can afford to pay for minion upgrades…important nonetheless.

Things you should beware?
Better destroy those stairs and face hero attacks at the entrance because if not they’ll damage the room and might kill off a few imps…that will waste your time to repair and replace…and dangerous if it’s a vital room like a nursery or kitchen…and you might forget to reassign imps to that room.

When summoning new imps if Bjal-Abbadon is near the entrance, remember to order the idle imps to move to another room. If not they’ll stay there and when heroes attack they’ll be first to die. Get them out of harms way and why not while you are at it, conjure some chicken bombs. They are better than traps because they move around and doesn’t need a workshop, besides there’s a limit on how much traps you could make so better a flexible moving chicken and a stationary one.

Boxes and chest…be careful when opening any of them in your dungeon. They could spawn some deadly monsters…so you better got all your squads ready for a fight…fully upgraded and at least at lvl 2. Don’t say I don’t warn you…

When sending your squad on a raid take note of the number of skulls on the raid location icons…sending a squad with lvl 1 unit to a two skulls location is a sure way to get some or all of them killed…but it could also allow your minion and squad to gain quick exp. Best just send squads at similar lvl to the number of skulls on the icon…that way you’ll get better rewards and safer for your squads.

Torch Puzzle Clue
(For Whom the Cowbell Tolls):

I’ve had problems with remembering the clues from this mission...really thinking of killing Oscar for this...but anyway after going through it again copied them for your convinience:

Blue is to the leftish of red, but not in the middle.
Red is not nextish to green, but is to the leftish nextish to yellow.
Yellow is neither first nor lastish.
Purple is nextish to only one torch, the blue one.
Green is somewhere rightish of red... I mean redish.

Impire Game Guide (Malay Version)



Impire Game Guide (Malay Version)
For English version of this guide please GO HERE

Permulaan dungeon yang pantas…
Permulaan biasa ialah memastikan penghasilan makanan (mushroom) berjalan lancar—pastikan ada imp yang diarahkan bekerja di setiap fasiliti! Seterusnya nursery dan kitchen dan apa-apa bilik yang termampu dari segi budget tapi pastikan ada material yang cukup untuk bina satu store room—sangat penting bagi perkembangan dungeon.

Hantar satu skuad (skuad pertama) untuk melakukan raid secara berterusan bagi mengumpulkan material dan sekali raid bagi treasure bagi mendapatkan 10 treasure pertama cukup untuk membuka satu lagi skuad. Pada lain-lain peringkat bila dah dapat rune yang diperlukan, raid yang dibuat akan menyumbangkan mata DEC yang boleh digunakan untuk buka satu skuad lagi dengan segera sehingga maksimum lima skuad. Masa yang paling sesuai untuk buat raid sebaik sahaja lepas mengalahkan serangan hero, boleh dapat sekurang-kurangnya lima atau enam kali raid sebelum amaran “ladder” seterusnya.

Material adalah sumber yang sangat penting untuk sentiasa dikumpulkan. Manakala mushroom pula akan bertambah mengikut masa asalkan imps kekal menjalankan tugas...so untuk pastikan ada imp yang cukup untuk mengumpul dan mengangkut mushroom, buat imp seramai yang mungkin. Treasures hanya diperlukan untuk menambahkan jumlah skuad. Paling banyak 150 treasure sahaja jadi cuma perlu bina tiga treasure pit sahaja.

Pastikan training room sedia segera—ia perlu untuk melatih raksasa dan skuad ke lvl 2. Mungkin sekadar satu level peningkatan tapi bezanya ialah skuad yang level lebih tinggi akan menyumbangkan lebih banyak skill khas yang dikongsi oleh semua ahli dalam skuad. Jika mampu, upgrade armour dan senjata monster (satu lagi sebab kena lvl up monster)...jadi pasti sedar pentingnya aktiviti raid untuk mengumpulkan material secukupnya untuk upgrade.

Dalam paparan kawalan skuad, pastikan ada sekurang-kurangnya dua atau tiga skuad dengan arahan patrol. Kenapa patrol? Sebab bila skuad-skuad ini jumpa ladder mereka akan serang tanpa disuruh dan ini menjimatkan masa. Tinggalkan satu atau dua skuad selebihnya pada pintu masuk dungeon untuk menunggu serangan hero.

Mempunyai masalah untuk memberi makan kepada monster? Pertama pastikan kitchen dibina dekat dengan pintu masuk supaya skuad yang baru balik dari raid boleh terus pergi makan. Ada orang memilih untuk bina lebih dari satu kitchen tapi pada pendapat saya, jika berjaya dapat runes, terus dapatkan upgrade guna mata DEC supaya boleh guna mascot Hater. Maskot ini akan kurangkan keperluan skuad untuk kerap pergi kitchen untuk makan. Masa jimat, kurang kesesakan fasiliti dan kurang risiko diserang hero.

Selain itu jangan lupa untuk rekrut lebih monster walaupun jumlah melebihi dari ruang untuk skuad. Letakkan mereka di pintu masuk sebagai pengawal tambahan. Mungkin mereka tak dapat kelebihan bonus skuad tapi lagi ramai lagi meriah...kita boleh lanyak hero beramai-ramai. Pastikan mereka juga dilatih ke lvl 2 dan upgrade senjata dan armour jika mampu serta dari masa ke semasa bagi mereka makan. Pada jangka masa panjang mereka berguna untuk gantikan ahli skuad yang terbunuh.

Sebagai peringatan terakhir...letakkan sekurang-kurangnya satu priest dalam setiap skuad sebagai healer...skuad akan tahan lebih lama bila berhadapan dengan musuh yang kuat.

Berlawan?
Setiap skuad tak sama dengan individu monster...bonus yang diberikan oleh skuad adalah sangat penting ia merupakan tunjang utama sistem pertempuran dalam Impire. Gabungan pelbagai yang mempunyai campuran monster yang berbeza (jangan letak lebih dari satu monster yang sama jenis dalam satu skuad...merugikan ruang bonus) Gabungan tersebut akan menghasilkan efek yang menarik ketika pertempuran di mana satu skuad boleh resist fear (berani?), satu boleh turunkan nilai perisai musuh, satu boleh buat musuh jadi pening/bengong...dan macam-macam lagi, terserah kepada pemain untuk menentukannya.

Teknik terulung dalam pertempuran boleh diringkaskan dalam tiga perkataan...teleport, teleport, teleport!
Nak musnahkan musuh? Teleport dekat sebelah dia satu demi satu (buat masa ini mungkin tak ada update untuk teleport semua skuad serentak). Seelok-eloknya gunakan semua lima skuad yang ada...kerana kehilangan walaupun satu ahli skuad adalah perkara yang amat merugikan (walaupun ada kombinasi yang bagi bonus bila ahli skuad mati seperti letupan kamikaze) sebab ia akan menghilangkan bonus skuad yang disumbangkan oleh ahli yang telah terkorban. Jadi untuk jangka masa panjang adalah lebih baik mengekalkan semua ahli skuad selama yang boleh...bukan senang nak lvl up monster sampai lvl 3 dan lengkap dengan upgrade senjata dan armour...er, mungkin agak mudah tapi buang masa jugak. Senang cerita bergantung kepada pemain sendiri, ingin korbankan ahli skuad atau tidak asalkan kita seronok bermain.

Dan bila nak teleport, jangan skema sangat teleport semua skuad tu kat satu tempat. Sebarkan keliling, hentam musuh dari semua arah. Tak payah nak gentlemen sangat (atau gentlegirl...>_<), janji menang.
Rasa-rasa nak kalah? Perhatikan jumlah nyawa skuad (sama ada tekan butang spacebar atau buka squad management window) dan jika skuad nak mati sangat teleport sahaja ke barisan belakang dalam medan pertempuran. Unit musuh secara automatik akan target unit yang lebih banyak jumlah nyawa so skuad yang lemah akan selamat (tak pasti kalau ada update yang akan ubah sifat AI untuk target unit yang nyawa sedikit—pasti akan buat permainan lebih susah, siapa tahu). Yang pasti kalau skuad yang tengah berlawan tak cukup ramai, teleport semua skuad yang ada untuk membantu.

Jangan takut nak lari dari medan perang. Kalau terserempak musuh yang ramai sangat teleport semua skuad ke tempat yang selamat dan teleport Bjal-Abbadon last sekali pasal nyawa dia banyak dan boleh respawn semula. Berundur dan rancang semula apa nak buat lagi elok dari mati...betul tak?

Bjal-Abbadon...demon dari lohong gelap tanpa sempadan (betul ke translation ni?) Dia adalah monster terkuat yang ada dan kalau dia mati akan muncul semula kat dungeon entrance. Gunakan dia sepenuh-penuhnya!!! Yang terbaik, kalau nak explore, guna Bjal-Abbadon. Bila diserang musuh baru panggil skuad untuk tolong (sebab musuh dah target Bjal). JANGAN arahkan skuad untuk follow Bjal-Abbadon. Tak setuju? Pada pendapat saya kerana:

  1. Lebih baik skuad digunakan untuk patrol atau pergi makan.
  2. Kalau musuh nampak skuad dulu, mereka akan serang skuad dan ada kemungkinan ahli skuad akan mati.
  3.  Lebih teruk kalau akan menarik perhatian satu kumpulan hero (dah main baru faham—ada hero yang dalam patrol mode) nanti tak sempat nak teleport semua untuk lari (satu lagi sebab perlunya kawalan untuk teleport semua serentak...)
  4. Sama dengan sebab no. 3, kalau Bjal-Abbadon jalan sendiri, senang nak lari...takde skuad nak menyemak halang laluan Bjal, lagipun kalau kerap mati nanti kurang exp points untuk Bjal-Abbadon upgrade di penghujung misi.
Satu teknik yang saya gunakan adalah jadikan Bjal-Abbadon sebagai umpan. Bagi musuh kejar dan tarik mereka ke arah skuad yang sedia menunggu di belakang. Hero akan ikut satu demi satu dan bertemu dengan satu sambutan yang meriah untuk mereka...hewhewhew...

Akhir sekali kalau jauh sangat dari lokasi dungeon atau nak ganti ahli skuad (sebab mati atau jumpa monster jenis baru nak digunakan)...tolonglah jangan biar dia orang jalan kaki jauh-jauh sangat. Teleport sahaja ke lokasi yang dikehendaki. Kalau teleport ke tempat yang sama bagi kes nak ganti ahli skuad, semua ahli skuad penuh akan muncul jadi tak perlu nak tunggu rekrut baru sampai. Jalan kaki ni kolot la...tu semua amalan manusia. Macam mana nak jadi monster yang berjaya kalau asyik nak berjalan ajer...

Dalam skuad management window kita boleh ubah preference atau perangai skuad. Ada beberapa perkara yang perlu diingati:


  1. Patrol order: sifat ini akan menyebabkan skuad bersikap agresif dan serang apa sahaja yang mereka jumpa...termasuk ladder.
  2. Follow Bjal-Abbadon: bagi saya tak berguna sangat seperti sebab yang telah dinyatakan...tapi bagi saya main ikut suka, asalkan kita gembira.
  3.  Butang berbentuk kotak: ini akan tukar apa imp akan buat pada hero penceroboh yang skuad kalahkan...tukar jadi material, letak dalam penjara untuk dapat treasure, atau campak aje dalam extractor untuk dapat dungeon point (mata DEC).

Bangunan penting
Nursery & Kitchen (& Dive) : penting, benda pertama yang perlu di bina.
Storeroom: pastikan buat satu pada peringkat awal. Seelok-eloknya ada sekitar lima dungeon atau lebih untuk simpan material tambahan untuk keperluan jangka masa panjang...buat unit baru, buat perangkap dan upgrade unit.
Treasure pit: max 3 cukup.
Training: secepat mungkin...skuad dan monster lvl 2 adalah jauh lebih baik dari  lvl 1.
Workshop: penting tapi buat bila ada material lebih yang cukup.

Perkara yang perlu di awasi
 Musnahkan semua ladder yang muncul dan lawan hero penceroboh di pintu masuk dungeon. Kalau di biarkan mereka menceroboh secara random, ada kemungkinan boleh merosakkan bilik atau bunuh imp...ini akan merugikan masa dan material...a akan jadi lebih berbahaya kalau bilik yang dirosakkan adalah penting seperti kitchen atau nursery...dan dalam kekecohan juga boleh terlupa nak arahkan imp untuk bekerja di bilik yang baru di baiki.

Bila menyeru imp jika Bjal-Abbadon berada dekat pintu masuk dungeon, perlu ingat untuk arahkan imp yang baru muncul untuk pergi ke tempat lain. Jika tidak bila ada hero penceroboh yang masuk ikut pintu masuk, imp akan mati dulu. Alihkan imp dan buat beberapa ekor ayam perangkap. Ayam perangkap lebih baik dari perangkap lain sebab ayam boleh bergerak dan tak perlukan workshop untuk dihasilkan. Lagipun ada had maksimum perangkap boleh di buat jadi ayam yang boleh bergerak lebih fleksibel dari perangkap statik.
Kotak harta...hati-hati bila nak buka terutama yang terdapat di dalam dungeon dan dijaga oleh sekumpulan hantu jembalang (wight, wraith, skeleton). Kalau dibuka mungkin ada monster yang akan keluar...monster yang sangat-sangat kuat. Pastikan semua skuad yang ada sedia menunggu, upgrade lvl 2 dan senjata dan armour yang secukupnya. Cuma sekadar satu peringatan.

Bila nak hantar skuad untuk buat raid, ambil perhatian pada jumlah tengkorak pada ikon lokasi raid...hantar skuad lvl 1 ke lokasi dengan 2 atau lebih tengkorak boleh menyebabkan semua ahli skuad terbunuh...ataupun mungkin mereka dapat lebih experience dan upgrade jadi lvl 2 atau lvl 3...seperti yang saya main ikut suka...rasa seronok nak ambil risiko itu pilihan anda. Tapi hantar skuad ikut kemampuan ada kebaikan sebab mereka kurang cedera tau mati, dapat experience dan hasil rampasan dari raid yang lebih baik.

Torch Puzzle Clue
(For Whom the Cowbell Tolls):

Bagi mereka yang sangkut pada misi Torch Puzzle…memang mengarut dia sebut klu tu sekali saja…apa ingat orang punya ingatan power sangat nak hafal semua benda haram jadah tu…so kat sini saya senaraikan:
Biru di sekitar kiri merah, tapi tidak di tengah.
Merah bukan dekat hijau, tapi di kiri dekat kuning.
Kuning bukan yang pertama atau yang terakhir.
Unggu hanya dekat dengan satu pelita sahaja, yang warna biru.
Hijau ada disekitar kanan merah.

Ingin tahu erti sebenar keseronokan? Main Dwarf Fortress!



Ingin tahu erti sebenar keseronokan? Main Dwarf Fortress!

Impire: Personal Review




Dari dunia kegelapan Bjal-Abbadon telah diseru ke alam fantasi Ardania...dunia tidak lagi akan mengenal keamanan...perjuangan anda kini bermula...

Hantu, jembalang, raksasa, dan pelesit dari segala macam ragam akan muncul membuat kekacauan di Ardania. Hero dan heroin mulai bangkit menentang kuasa kegelapan. Adakah mereka akan berjaya? Adakah semua raksasa akan tumpas? Kebenaran pasti menang? Tentu sekali tidak! Di bawah pimpinan pemain, raksasa pasti berkuasa!

Musnahkan bandar manusia dan elves, perhambakan gnome yang comel, melakukan ceroboh dan pernodaan di kuil dan tanah suci, runtuhkan istana dan kedaulatan raja—hapuskan segala saki baki penentangan dan memerintah selamanya di atas tahkta kegelapan.

Bjal-Abbadon? Jelingan mata yang menggerunkan...

Impire merupakan satu terbitan dari Paradox Interactive hasil usaha Cyanide Studio adalah berkait rapat dengan keluaran terdahulu dari siri Majesty: the Fantasy Kingdom Sim. Kini kisahnya berkisar dari persepsi monster di mana bermulanya perjuangan demon (syaitan?) yang diseru bagi memuaskan dendam seorang ahli sihir yang hauskan kuasa. Membina sarang bawah tanah, melatih askar-askar raksasa dan hantar mereka dalam unit skuad untuk membuat onar di dunia manusia.

Tetapi bagi pemain veteran pasti mengecam persamaan dari segi konsep dan gaya permainan sama seperti siri Dungeon Keeper. Mungkin ramai yang mengharapkan sesuatu yang sama atau lebih baik akan merasa hampa kerana walaupun Impire kelihatan seperti Dungeon Keeper, ia mempunyai konsep dan gaya permainan yang tersendiri. Walaupun wujud fungsi perangkap dalam dungeon dan magic spell tetapi Impire lebih mengutamakan pertempuran dalam skuad-skuad unik disamping menggunakan kuasa demon Bjal-Abbadon, pemerintah segala kegelapan.


Perkembangan permainan juga lebih ke arah RPG yang diselangi dengan jalan cerita sampingan yang melucukan dengan adanya watak seperti penasihat bagi raja raksasa, Oscar van Fairweather dan lain-lain lagi watak yang istimewa. Hubungan antara mereka dalam dunia Impire mewujudkan suasana yang hidup dengan pelbagai konflik dan kejadian yang mengharu-birukan keadaan di sepanjang perjuangan demi mendaulatkan Bjal-Abbadon sebagai raja kegelapan yang tiada tandingan.

Ha ha ha...hantu raya...lari!!!
Bagi veteran yang tetap akan marah kalau permainan ini tidak cukup mendalam seperti Dungeon Keeper perlu sedar, ini adalah Impire yang mempunyai konsepnya yang tersendiri dan ada keunikan tersendiri yang tidak ada pada Dungeon Keeper. Impire mengutamakan konsep kerjasama dari pelbagai monster yang berbeza bagi membentuk skuad yang boleh memberi kelebihan antara ahli-ahli skuad. Disamping itu penggunaan beberapa skuad yang masing masing mempunyai kandungan raksasa yang berbeza akan dapat mementukan antara kemenangan atau kekalahan di medan perang.

Terpulang pada pemain sendiri untuk mempelajari dan memilih apa yang menarik mengikut corak permainan masing-masing. Disamping itu Bjal-Abbadon sendiri boleh mengumpul exp (diperolehi di penghujung setiap misi,so pastikan anda tidak tinggalkan sidequest yang diberikan...jangan menyesal nanti kena repeat semula chapter) dan membesar dengan laluan evolusi yang di pilih oleh pemain sendiri.

Kemenangan juga mengikut falsafah dalam Impire bukan di tentukan tentera siapa yang lebih ramai atau lebih kuat tetapi bagaiman ia di gunakan mengikut peluang yang ada. Hey, kita geng raksasa apa nak malu kalau lari dari perang? Bila dalam bahaya, teleport sahaja skuad yang teruk di belasah hero ke barisan belakang. Biasa la, mesti main kotor, mesti pandai pukul curi dan buli yang lemah. Umpan unit hero/heroin dengan Bjal-Abbadon dan serang hendap dengan skuad monster, teleport mereka di semua arah beramai-ramai. Kalau tak pandai nak lawan sorang musuh secara berjemaah macam mana nak jadi setan?

Bjal-Abbadon adalah raksasa yang gagah dari lohong gelap tanpa akhirnya. Ya, mungkin pada awal rupa dia tak kurang macam toyol tapi dari peringkat ke peringkat dia akan meningkat kuat. Bentuk perkembangan Bjal-Abbadon ni terserah pada pemain sendiri untuk menentukannya. Anda inginkan raksasa pembunuh atau pelesit yang memuntahkan api kemusnahan? Atau raja demon yang mengeluarkan aura pembunuh yang menjadikan segala raksasa gilakan darah.

Kita bakor aje!!!
Secara kesuluruhan Impire mempunyai grafik dan kawalan yang kemas daripada reka bentuk watak hingga ke fauna yang mewujudkan suasana kelam yang sepatutnya menyeramkan jika tidak ia di sulamkan dengan jalan cerita dan cinematik yang berbentuk komedi. Kawalan permainan melalui keyboard atau mouse semuanya lancar dan memudahkan pemain. Cuma sedikit kelemahan ialah kekurang shortcut keys yang pasti boleh melicinkan lagi rentak permainan, terutama waktu-waktu cemas bila ada hero Ardania datang menceroboh.

Ocopot mak kau meletup!!!
Setiap misi baru mempunyai peta utama yang tidak banyak perbezaan bergantung kepada jalan cerita dan susunan bangunan yang agak sama. Cuma berbeza adalah peta kawasan permukaan tanah dan area istimewa bergantung kepada misi setiap chapter permainan.

Perlu ditekankan, walaupun Impire kelihatan seperti satu game berunsurkan RTS, ia memiliki banyak ciri-ciri RPG dalam rentak permainannya. Jangan lupa untuk selongkar semua ceruk peta untuk mencari harta atau rahsia yang tersembunyi.

Dan yang paling penting pengembaraan dan peperangan bagi pihak kegelapan adalah berkisar pada kisah perjuangan Bjal-Abaddon...segalanya adalah tentang dia. Gunakan demon ini dengan sepenuhnya dan pemain pasti berjaya!

P.S. Bagi mereka yang sangkut pada misi Torch Puzzle…memang mengarut dia sebut klu tu sekali saja…apa ingat orang punya ingatan power sangat nak hafal semua benda hamjadah tu…so kat sini saya senaraikan Torch Puzzle Clue (For Whom the Cowbell Tolls):

BLUE IS TO THE LEFTISH OF RED, BUT NOT IN THE MIDDLE.
RED IS NOT NEXTISH TO GREEN, BUT IS TO THE LEFTISH NEXTISH TO YELLOW.
YELLOW IS NEITHER FIRST NOR LASTISH.
PURPLE IS NEXTISH TO ONLY ONE TORCH, THE BLUE ONE.
GREEN IS SOMEWHERE RIGHTISH OF RED... I MEAN REDISH.

BIRU DI SEKITAR KIRI MERAH, TAPI TIDAK DI TENGAH.
MERAH BUKAN DEKAT HIJAU, TAPI DI KIRI DEKAT KUNING.
KUNING BUKAN YANG PERTAMA ATAU YANG TERAKHIR.
UNGGU HANYA DEKAT DENGAN SATU PELITA SAHAJA, YANG WARNA BIRU.
HIJAU ADA DI SEKITAR KANAN MERAH.



Penghasil : Cyanide Studio
Penerbit : Paradox Interactive
Pelantar : Microsoft Windows
Tarikh Keluar : February 14, 2013


STAR TREK The Video Game 26 April 2013.


Tiga tahun lepas, sebaik sahaja filem Star Trek mendapat kejayaan diseluruh dunia, Pencipta Star Trek the video game yang akan dipasarkan akan memulakan perjalanan membawa adventure yang baru kepada pemain.

Dead Space 3 Gun Show!!!


Walaupun ramai pemain yang mengatakan Dead Space 3 ini bukan lagi Game Survive Horror sebalik Game Action, em.. saya rasa tak lar sangat.. Bagi saya mungkin kurang seram, tapi still memyeramkan kalau dibandingkan dengan game game yang ada. Mungkin nak kekalkan  faktor seram itu susah kerana sebaik sahaja kita tahu dimana part part yang seram, ianya tidak lagi seram (mungkin). Tapi bagi saya Dead Space still bagi kelainan daripada siri siri game yang ada sekarang.

Tapi itu bukanla tujuan utama post ini, Sebagai mana saya katakan sebelum ini. Saya minat terhadap access yang kita boleh buat senjata sendiri. Dan kita boleh buat pelbagai bentuk senjata yang kita mahu, dari rocket launcher hingga ke sniper klasik, dari Flamethrower ke Grenade Launcher. Dan game spot telah menyiarkan senjata senjata yang boleh kita tiru untuk dapatkan kepuasan membunuh necromorph yang degil degil ni. Saksikan!!


Aliens: Colonial Marines 12 Februari



Aliens: Colonial Marines yang dihasilkan oleh Gearbox Software dan akan diedarkan oleh Sega untuk Microsoft Windows, Playstation 3, Wii u dan Xbox 360. Aliens: Colonial Marines adalah game Aliens ketiga yang di hasilkan oleh Sega. Yang pertama ialah Aliens vs. Predator pada tahun 2010, dan yang kedua ialah Aliens Infestation pada tahun 2011.




Aliens: Colonial Marines ada game first-person shooter yang meletakan pemain sebagai United States Colonial Marin, atau bahasa melayunya Askar Peneroka Marin Usa yang bernama Cpl. Christoper Winter. Pemain boleh mengunakan senjata yang kita biasa lihat didalam Movie Aliens seperti Flamethower, pulse rifle, smartgun, shotgun, pistol, RPF dan robotic sentry turret. Pemain juga boleh mengunakan obor untuk mengunci pintu dan motion tracker untuk mengesan musuh yang tidak boleh dilihat.


Pada mulanya Game ini diumumkan  permainan akan melibatkan gameplay squad-based, yang membolehkan pemain untuk mengeluarkan perintah kepada marin yang dikawal oleh AI  menggunakan command yag disediakan.  Walau bagaimanapun, Gearbox kemudian mendedahkan bahawa ciri ini telah digugurkan untuk membuatkan  permainan ini lebih mudah.Aliens: Colonial Marines  pada asalnya merancang untuk tidak mempunyai HUD untuk menyediakan pemain dengan maklumat pada skrin.


Jenis permainan telah digambarkan sebagai "Gauntlet Runs", di mana pemain mesti melawan musuh-musuh  dalam perjalanan dari titik A ke titik B, dan Detik "Last Stand", di mana pemain mesti mempertahankan kawasan tertentu mengunci pintu masuk dan menghidupkan automated sentry turret.

Pemain akan mendapat point experience bila membunuh musuh dan menghabiskan misi yang diberi. Point experience ini membolehkan pemain mengubah penampilan karekter, membeli upgrade senjata dan mengunci set skill yang boleh dibawa ke mode gameplay yang lain.

Musuh-musuh utama adalah xenomorphs daripada tiga filem yang pertama, termasuk Facehugger, Chestburster, dan "Drone" dari Alien, "Warrior" dan "Queen" alien dari Aliens, serta "Runner" dari Alien 3. Permainan ini juga akan menampilkan xenomorph yang tidak pernah dilihat sebelum ini yang dicipta oleh Perisian Gearbox. ada lagi jenis alien yang dirahsiakan, Kecuali "Crusher", yang telah didedahkan di E3 2011 Demo Walkthrough  dan "Boiler", alien yang mampu meletupkan dirinya dan menyebabkan  asidnya mengenai musuh telah didedahkan dalam trailer gamenya baru baru ini. Alien yang boleh bergerak dimana mana permukaan dan sudut kali ini, Gear Box dan Sega juga telah menyatakan bahawa Alien akan menggunakan persekitaran untuk serang hendap, dan taktik berkumpulan untuk mengatasi pemain. Tak semua musuh adalah Aliens kerana pemain juga akan mendapati mereka juga akan berlawan dengan musuh manusia seperti komando Weyland-Yutani dan juga tentera upahan. 



Mode multiplayer pula boleh dimain 4 orang pemain untuk online dan split screen untuk main disatu konsol yang sama. perlawanan berkumpulan antara pemain telah disahkan. Gear Box telah menunjukan perlawanan Death Match 6 lawan 6 dan juga 4 lawan 4 yang digelar Escape. Marin mesti sampai ketempat pelepasan dan alien pula mesti menghalang marin. Gear Box menerangkan ada lagi mode multiplayer yang masih belum didedahkan lagi.

Skin untuk multiplayer dibuat daripada 4 askar marin daripada filem Aliens yang boleh didapati dalam edisi tempahan awal menurut Laman Web Rasmi Sega. Termasuk Koperal Dwayne Hicks, Pakar Smartgun Mark Drake, Sarjan Al Apone dan William Hudson.

Cerita game ini merupakan sambungan Filem arahan James Cameron, Cerita Aliens: Colonial Marines mengambil tempat selepas habisnya kejadian dalam filem kedua Aliens. Pengurus Gear Box Software's Community mengesahkan Game ini sambungan rasmi dalam Francais Aliens. Kebanyakan plot utama cerita ditulis oleh  penulis Battlestar Galactica,  Bradley Thompson dan David Weddle. Menceritakan Koperal Christopher Winter, Marin Peneroka yang terlibat dalam kumpulan mencari dan menyelamat yang dihantar untuk menyiasat di U.S.S Sulaco dalam mencari Ellen Ripley, Koperal Dwayne Hicks dan marin yang hilang, mereka dihantar ke LV-426. Sulaco, Kapal angkasa Alien dan juga LV-426 adalah tempat didalam game ini. berserta tempat lain yang tidak dinyatakan.

Penghasil :Gearbox Perisian
Penerbit: Sega
Pengedar: 20th Century Fox
Enjin: Red Ring Engine (Unreal Engine 3 dengan renderer baru )
Pelantar :Microsoft Windows, PlayStation 3, Wii U, Xbox 360
Tarikh Keluar: 
Microsoft Windows, PlayStation 3 & Xbox 360: February 12, 2013


Dead Space 3 Personal Review



Dead Space 3 telah berada dipasaran dan banyak video gameplay dan walkthrough telah dikeluarkan dan bilangan yang telah menghabiskan pasti lebih banyak. Dan sama juga saya, saya telah menghabiskan game tersebut dalam masa 4 hari ( sehari sekitar 4-5 jam). Saya cuma gunakan Level Casual sahaja (  Level yang paling senang) memandangkan saya ada komitmen lain. 

Dead Space 3, Game yang memang menarik, ramai diluar sana mengatakan keseraman untuk game Dead space kali ini tidak begitu menyeramkan jika dibandingkan dengan 2 game sebelum ini. Tetapi disebabkan saya tidak bermain dengan dua game Dead Space sebelum ini, saya tidak boleh nak komen banyak mengenai lebih seram atau tak. Tetapi bagi saya game ini memang menyeramkan. Antara unsur-unsur keseraman ialah bunyi bunyi persekitaran seolah olah raksasa raksasa atau Necromorph ini sentiasa ada berdekatan walaupun sebenarnya tiada. Buatkan perjalanan kita didalam game ini sentiasa berjaga-jaga. dan ada juga beberapa elemen kejutan seperti Necromorph yang tiba tiba keluar dari tanah yang benar benar buat saya terkejut. 

Dari segi gameplay pula, Saya sukakannya, ianya ringkas, kamera yang sentiasa dibelakang watak ketika berjalan, dengan ada pula kuasa telekinesis ( mengangkat barang dari jauh mengunakan kuasa minda) dan kuasa static (memperlahankan pergerakan objek dan juga Necromorph). dan paling menarik dalam game ini kita boleh membina dan upgrade senjata kita sendiri. bagi pemain Dead Space yang sebelum ini mungkin sudah biasa. 

Dari Segi Cerita, Saya puas hati, Jalan cerita dan skrip dibuat dengan baik sekali. ada sedikit elemen perasaan, cinta, cemburu marah yang saya rasa seronok menghayati cerita game ini.dan endingnya yang saya rasa "dah habis ke?". Tak puas hati dengan endingnya. Tapi ini mungkin pengakhiran bagi Isaac setelah apa yang dilaluinya selama ini. atau ada Alternate ending lain atau ada sambungan lagi selepas ini??

Tiada komen pasal watak watak Necromorph dalam game ini. Ianya memang telah dibuat teliti dan setiap watak menjalankan fungsi wataknya dengan baik( walaupun sesetengah Necromorph yang agak menjengkelkan). Necromorph yang bergerak laju dan susah dibunuh dengan sekali tembakan memang buat ini menakutkan, percaya atau tak saya telah mati beberapa kali sebanyak sahaja berjumpa dengan Necromorph  buat kali pertama (Mungkin saya belum lagi menjadi gamer yang pro).  


Keseluruhannya. Game ini yang menarik. dan walaupun tidak pernah mengikuti game yang sebelum ini. saya berminat dengan game ini. Dan bagi peminat Dead Space, Sila lah main game ini untuk mengetahui jalan cerita untuk episod terakhir ini. Dan kalau nak 'Feel' mainlah level tinggi - tinggi sikit. :)

Isaac Clarke kembali!!! Dead Space 3 review.

Pengalaman sendiri, pertama kali bermain Dead Space ambil masa hampir setahun untuk menghabiskannya, mungkin tidak untuk sesetengah pemain. Secara peribadinya pada saya ia amat menyeramkan dan mengerikan, permainan bergenre seram ini adalah senarai yang wajib main bagi saya selain daripada siri Resident Evil dan Silent Hill. Dead Space berjaya menaikan suasana seram dan tegang setiap kali anda melepasi pelbagai halangan. Untuk Dead Space 2 pula, perasaan seram masih wujud dalam dunia Dead Space dan kali ini anda dapat mendengar buat pertama kalinya suara Isaac Clarke. Sekarang Dead Space 3 sudah berada dipasaran, walaupun sudah bekerja saya akan cuba mencari masa untuk bermain game tersebut. Tidak kisah perlu mengambil masa yang lama untuk habiskannya.
Untuk mengetahui sejauh mana tahap keseraman Dead Space 3 berbanding dengan siri-sirinya sebelum ini. mari kita lihat review game tersebut. (Sumber video daripada Gamespot)





DmC : Devil May Cry Personal Review.


*** Review ini mengandungi spoiler, sesiapa yang belum bermain dan tidak mahu tahu jalan cerita jangan baca review ini.

Dmc: Devil May Cry telah pun berada dipasaran, dan saya pasti mesti ramai yang sudah habiskan game ini dan mara ketahap yang lebih sukar. Saya pun telah habis main tapi hanya diperingkat HUMAN sahaja memandang saya ada komitmen lain. 


Dmc: Devil May Cry, saya sukakan game ini dan mungkin saya akan jadikan ia koleksi kegemaran saya memandangkan saya adalah peminat devil may cry dan juga disebabkan ianya menarik. Memang Dante kali ini diubah suai sebanyaknya untuk menampakan dante versi remaja. Dan saya rasa ianya berjaya dan paling best ialah ianya memang dante yang sama. 



Gameplay kali ini akan sukar bagi saya (mungkin kerana ini kali pertama saya bermain DmC di PC) kameranya yang manual meyukarkan saya melihat kedudukan musuh dan apa yang saya buat cuba libas pedang berharap ianya mengenai musuh. dan juga kawalan mengunakan senjata demon dan angel yang mana agak sukar untuk digunakan berselang seli(mungkin kawalan di konsol seperti Xbox 360 dan PS3 lebih mudah). 



Dan apa yang saya harapkan agak tidak mengena kerana saya cuma harapkan DmC: Devil May Cry ini adalah cerita sewaktu Dante masih muda dan kemudiannya menjadi Dante yang kita pernah main sebelum ini, tapi Dante versi  DmC: Devil May Cry ini telah di reboot bermaksud Dante direka semula termasuk sejarah hidupnya yang dimana kali ini Dante bukan lagi separuh manusia dan separuh syaitan tetapi separuh malaikat dan separuh syaitan yang di panggil "Nephilim". tetapi selain itu ianya hampir kepada kisah Dante yang Original.



Bos terakhir Mundus, bagi saya bos yang senang berbanding bos bos yang lain di dalam game ini, dan hampir seperti game Devil May Cry yang sebelum ini, cuma kali ini agak senang. bukan senang kerana senang dikalahkan cuma tidak perlu pecahkan kristal, tidak perlu elak laser besar, cuma kali ini cuma melompat ke dua tempat, serang tangan kiri dan kanan dan akhir sekali dimuka dan Mundus kalah. Agak terlalu ringkas, 



Vergil, siapa yang mengikuti Devil May Cry sebelum ini pasti tahu Vergil adalah kembar Dante yang Jahat. dan selepas berjumpa dengan Vergil kali pertama dalam game ini, saya ternanti nanti bila vergil akan bertukar menjadi jahat. Dan setiap level saya ternanti nanti saat itu. Hampir kecewa sehinggalah Mundus dikalahkan. Rupanya ada satu level terakhir sekali. Disitu rupanya menunjukan kejahatan Vergil yang rupa-rupanya tujuan Vergil mengalahkan Mundus tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengantikan tempat Mundus, Menguasai Dunia. Okay, puas hati.



Keseluruhannya jalan cerita game ini agak pendek bagi saya. Cuma ianya dipanjangkan dan dilamakan dengan melawan bos, setiap bos kita kena melalui 3 atau 4 level untuk bertemu bos. yang mana sebelum ini satu level untuk satu bos.Game yang menarik dengan semua perubahan dan gameplay yang baru. Tetapi saya lebih meminati Devil May Cry 4. Mungkin selepas ini adalah lagi DmC: Devil May Cry 2 pula. siapa tahu. mungkin dengan jalan cerita yang lebih mantap. :)  



Video ini adalah perlawanan bos terakhir dan ending.. saksikan

Tekken Card Tournament bermula


Tekken Card Tournament telah pun bermula pada bulan lepas, seperti yang dijanjikan, grafik game ini memang menarik jika dibandingkan dengan game card yang sedia ada (yang boleh dimainkan dibrowser).

Pemainnya hanya melibatkan Focus (Mengeluarkan kad serangan/status), Strike (menyerang dengan mengunakan semua kad yang ada) dan akhir sekali Block ( point serangan 2 kad pertama dihilangkan).

Game ini agak ringkas bagi saya tetapi bila berkenaan kad, kita mestila tahu mengunakan strategi untuk focus strike dan block pada masa yang sesuai dan juga kena tahu membaca gerakan musuh kita.

Bagi sesiapa yang belum mencuba sila la cuba di



Tomb Raider 360 berikan content esklusif untuk Asia.


Dengan hanya beberapa hari lagi Pengembaraan Lara Croft yang terkini akan berada di pasaran, Square Enix dan Namco Bandai akan memberikan barangan esklusif untuk Edisi Xbox 360 untuk pemain di Asia.

Semua 360 salinan Tomb Raider yang berada di Taiwan, Hong Kong, Korea, dan asia tenggara akan termasuk sekali agility skill upgrade untuk Lara, peta multiplayer Shanty Town, dan Tomb Raider Pek Perlawanan(yang termasuk sekali skill tambahan dan tambahan senjata) pada hari ia dikeluarkan.

Tambahan lagi, Namco Bandai juga menawarkan kepada sesiapa yang buat tempahan Asian Survival edition untuk Xbox360. Pemain itu akan diberikan Hitman: Absolution-themed pek senjata, 3 jenis Kostum untuk Lara, dan cabaran single player dipanggil Tomb of the Lost Adventurer. 

Dead Island: Riptide


Dead Island: Riptide ialah game terbaru yang dihasilkan oleh Techland dan dikeluarkan oleh Deep Silver. Dijadualkan berada dipasaran pada April 2013 untuk platform Xbox 360, Playstation 3 dan Microsoft window (PC). Walaupun dikatakan ia adalah spin-off, ceritanya diambil selepas sahaja Dead Island habis, mengisahkan 4 orang yang terselamat mendapati mereka berada di pulau yang bernama Palanai di Banoi archipelago, yang telah diserang oleh zombie.

Ceritanya bermula apabila Wira Dead Island telah selamat dari Banoi dan dari pulau yang telah dihuni oleh zombie. Tetapi takdir mereka menjadi makin teruk bila mereka sampai di tempat selamat dikapal Tentera dengan menaiki helikopter. tiba tiba telah serang ribut taufan yang ganas dan virus zombie tersebar kepada krew krew kapal. Mimpi Ngeri bermula semula...

Berikut adalah Gameplay terbaru daripada gamespot yang dikeluarkan pada websitenya baru baru ini.



Berikutnya adalah trailer Dead Island Riptide yang telah pun dikeluarkan pada september 2012. saksikan..

Trailer Starcraft II: Heart of the Swarm


Kepada peminat strategi game seperti Starcraft, Red Alert, Warcraft dan lain lain pasti tak sabar menunggu kehadiran baru dalam legasi Starcraft, Starcraft II: Heart of the Swarm .


StarCraft II: Heart of the Swarm adalah pek expansion kepada Game strategi yang berasaskan stail Tentera futuristik iaitu StarCraft II: Wings of Liberty dan bahagian yang kedua daripada tiga bahagian dan yang terakhir bertajuk Legacy Of the Void.

Penambahan ini merangkumi unit tambahan dan beberapa perubahan dari Wings Of Liberty, juga meneruskan campaign yang fokus kepada kaum Zerg dan StarCraft II: Heart of the Swarm mempunyai 20 misi.


Pengeluar: Blizzard Entertainment
Game Jenis Strategy

Tarikh Keluar: Mar 12, 2013 (US)



DLC terbaru Assassin's Creed 3 Tyranny of King Washington

Ubisoft telah mengumumkan tarikh untuk pek tambahan bagi game Assassin's Creed 3 Tyranny of King Washington iaitu pada Februari 19 2013 untuk komputer dan juga Xbox360. Manakala untuk PS3 pada hari berikutnya.
Pek tambahan ini mengisahkan kisah sejarah yang berlain pada masa zaman pemerintahan George Washington di Amerika Syarikat.
Pek tambahan ini dibahagikan pada tiga kandungan pek yang berlainan episod. Bagi yang mempunyai "Season pass holder", tiada sebarang cas tambahan ketika membeli pek tambahan ini iaitu $29.99(RM91.59). Dan untuk setiap satu episod beharga $9.99(RM30.51) kalau beli berasingan. (Sumber dari Examiner)