Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

The Witcher 3: The Wild Hunt menjanjikan 100 jam masa permainannya

Siri ke 3 The Witcher, The Wild Hunt yang dibina oleh CD Projekt RED akan menjanjikan 100 jam masa permainan berbanding siri-sirinya sebelum ini.

Defiance MMO terbaru



Game mmo dari Bandai Namco Games dan Trion Worlds, Defiance akan tiba pada 2 April 2013 untuk pelantar

Assasin Creed IV : Black Flag


Assassin's Creed IV: Black Flag telah pun diumumkan secara rasmi oleh Ubisoft, Assassin's Creed IV: Black Flag akan hadir di platform PC, PS3, Xbox 360, Wii U.

Trailer Kill Zone untuk PS4


Trailer terbaru Kill Zone untuk Playstation 4. game ini disetkan 30 tahun selepas trilogi Killzone, Dunia Kill Zone Shadow Fall

SAH!! WWE MILIK Take Two.



Disahkan sendiri oleh Take Two di Laman web 2K Sports. game WWE yang seterusnya termasuk WWE 14 akan

DLC Dead Space 3 Mac nanti?


Nampaknya DLC Dead Space 3 akan keluar pada bulan 3 nanti, yahoo!!. tak kisah orang kata apa fasal Dead Space 3 ini,

Kojima berkata MGS: Ground Zeroes mungkin terlalu 'bahaya' untuk dipasarkan.



 "masih mengambil masa yang panjang lagi sebelum game ini boleh matang."

Metal Gear Solid: Ground Zeroes mungkin terlalu 'bahaya' untuk dipasarkan. Kojima menerangkan game itu fokus kepada kematangan dan tema yang pantang untuk game yang mana mungkin terlalu kontrovesi untuk dijual, walaupun ianya boleh dipasarkan.

Legend Of Grimrock 2 diumumkan


 DLC akan terhadkan banyak apa yang kami mahu lakukan

Developer Almost Human telah menjalankan projek DLC untuk game RPG popular mereka "Legend Of Grimrock". Tetapi selepas memeriksa projek tersebut dan dengan rancangan studio untuk buat

Arma 3 Khas untuk Steam


"Macam mana sekali pun Arma 3 tetap akan dikeluarkan pada tahun ini"

Bohemia Interactive telah mendedahkan game tentera yang terbaru akan menjadi esklusif untuk platform Valve's Steam. Menurut Joris-Jan van 't Land, peneraju utama projek. langkah ini perlu bagi memastikan Arma 3 mencapai target pelancaran 2013.

Mesyuarat Playstation selesai...


Watch Dogs, Siri Final Fantasy seterusnya sah keluar di PS4.

Selesai sudah mesyuarat playstation tadi, walaupun ramai yang menjangka playstation

Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 3 - Trailer terbaru!!




Ultimate Ninja Storm 3, adakah ini game yang terbaik?

Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 3 akan keluar tidak lama lagi, seiring dengan itu, Pasukan CyberConnect2 telah menyiarkan satu lagi trailer terbaru, trailer cerita Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 3. Dan trailer ini telah mendedahkan sebahagian daripada story mode di dalam game ini nanti. saksikan!!


Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 3 akan menyerang pada 18 April untuk PS3 dan Xbox 360 .

Watch Dogs akan keluar pada tahun ini?




Watch Dogs mungkin keluar pada musim cuti nanti

Bahan pengiklanan yang dibocorkan oleh Kotaku menyatakan yang game pengembaraan dunia terbuka Ubisoft, Watch Dogs, akan keluar pada musim cuti tahun ini.



Walaupun Ubisoft sebelum ini menunjukan Watch Dogs akan tiba pada 2013,gambar ini memberitahu maklumat tepat yang sememangnya Watch Dogs akan tiba musim cuti ini.

Walaupun poster ini tidak menyebut platform yang spesifik. Tetapi Perkataan Watch Dogs akan tiba untuk semua platform memberitahu mungkin Watch Dogs untuk semua platform yang ada. Ubisoft sebelum ini menyatakan, Watch Dogs mungkin boleh dimainkan di PC, PS3, dan Xbox 360, tapi versi Wii U mungkin juga terdapat 'dalam pilihan'.

adakah poster ini bahan pengiklanan yang mengatakan Watch Dogs mungkin dibuat untuk Wii U atau untuk konsol  Microsoft dan Sony bakal keluar tidak lama lagi? Kita kena lihat dan tunggu.

Adakah ini controller terbaru PS4?!

Lagi khabar angin terbaru mengenai PS4, kali ini gambar controller PS4 telah tersebar di seluruh laman sosial dan juga website.

EA sahkan tiada sistem sokongan untuk bermain game lama di pelantar PS4 dan Xbox 720!!


Bermacam-macam khabar angin mengenai konsol yang akan menggantikan PS3 dan juga Xbox 360. Tetapi yang ini sudah dipastikan oleh EA sendiri tentang konsol-konsol tersebut, semua game-game sebelumnya ini tidak boleh dimain di atas pelantar PS4 dan Xbox 720. Ini disahkan sendiri oleh Electronic Arts CFO Blake Jorgensen semasa sesi soal jawab di Goldman Sachs Technology and Internet Conference Selasa lalu. Dengan tiada sistem sokongan untuk membolehkan pemain bermain game sebelum ini, ia membolehkan syarikat mengurangkan kos terutama penyelenggaraan server.
Menurut EA lagi dengan pengurangan sistem sokongan ini mungkin akan terdapat faktor buruk dan baiknya.
Menurutnya lagi dengan cara ini, game untuk generasi ke-3 (PS3/Xbox360) masih boleh lagi dijual termasuklah untuk game generasi ke-4(PS4/Xbox720) boleh dijual secara perlahan sehingga game generasi lama diberhentikan.

Sumber dipetik dari Digital Trends.

Siri WWE akan diambil alih oleh Take Two



Take-Two telah disahkan membuat perjanjian untuk menerbitkan games WWE untuk game yang akan datang. dalam penyataan yang diberi kepada IGN, Wakil 2k berkata :

" Kami boleh mengesahkan bahawa kami telah membuat perjanjian untuk menerbitkan siri WWE yang dihasilkan oleh Yukes. Dalam masa ini, perjanjian tu masih didalam kes mahkamah lagi dan kes itu akan selesai tidak lama lagi. Saya sangat teruja mengenai potensi perjanjian ini dan kami akan kongsikan lagi dimasa yang lebih bersesuaian." 

Akibat Kes bankrup yang berlaku pada bulan December, lesen WWE yang dipegang oleh THQ juga telah diambil oleh mahkamah. Pada bulan lepas khabar angin mengatakan Take-Two akan mengambil alih. walaupun ini adalah kali pertama bahawa Yukes telah disahkan sebagai pemaju. 

Dapatkan berita sepenuhnya setelah perjanjian ini telah selesai dan setelah Take-Two memberi maklumat tambahan lagi

Batman Arkham terbaru untuk 2013 disahkan.



Warnes Bros. telah mengesahkan kemasukan ketiga dalam siri Batman Arkham akan dilancarkan pada tahun 2013 ini. CFO John Martin berkata games 'terkuat' syarikat itu akan dikeluarkan termasuk kemasukan terbaru dalam siri itu.

"Dan kami juga mempunyai games 'yang kuat' akan dipasarkan tahun ini, yang mana termasuk games terbaru yang akan dilancarkan dalam siri Batman Arkham,' Martin berkata. "Jadi kami mengharapkan Warners akan mendapat kekuatan lagi tahun 2013 ini. Dan dengan sedikit tuah, 2013 sepatutnya sebagus atau lebih sedikit bagus daripada 2012."

Ditempat Lain pula, sumber VG247 berkata project ini bukan dihasilkan oleh penghasil yang menghasil Batman Arkham yang sebelum ini, Rocksteady Studios. Khabar angin berkata Rocksteady Studios tengah mengusaha sambungan yang menarik dengan mengisahkan pertembungan pertama Batman dengan joker. tidak dijangkakan akan keluar sehingga awal 2014.

Warnes Bros bulan lepas telah mendaftar 15 nama domain batman yang baru termasuk Arkham Universe, Arkham Legend, Arkham Origins, Arkham Rises, dan lain lain.

Batman: Arkham City adalah game yang terbaru setakat ini didalam sirinya. ianya dihasilkan Rocksteady Studios dan dibuat untuk Xbox 360 dan Playstation 3 pada 18 october, dengan diikuti versi PC pada 22 November. Game ini terjual sebanyak 6 juta unit.

Unchain Mo Cap: Disebalik Tabir God of War: Ascension



Playstation telah menyiarkan satu lagi video disebalik tabir pembikinan game God of War: Ascension, kali ini video ini menunjukan proses mo cap (motion capture) di ambil dan proses cleaning selepas itu. Saksikan


Trailer Dragon's Dogma: Dark Arisen


Capcom melancarkan Dragon's Dogma : Dark Arisen, yang merupakan sambungan kepada Dragon's Dogma yang mendapat respon positif daripada pemain. Dragon's Dogma : Dark Arisen akan dilancarkan bersama-sama dengan permainan asal melalui Download dan DVD. Dragon's Dogma : Dark Arisen akan mempunyai area baru, raksasa, misi dan banyak  barangan lain.

Pemain yang telah bermain didalam Dragon's Dogma, boleh mengeksport save fail mereka, membawa  karekter anda kepada Dragon's Dogma: Dark Arisen, menjadikan lebih banyak barang boleh didapatkan. Anda boleh membawa karekter anda untuk menguji semua gear  dan senjata baru, dan sebagai bonus, anda akan menerima 100,000 Kristal Rift, Ferrystones tanpa had dan Armour Gransys Pack, yang mengandungi enam pakaian baru secara percuma dengan Dragon's Dogma : Dark Arisen.



Capcom telah mendengar maklum balas daripada pemain dan telah menjawab soalan pemain. Bukan sahaja anda akan dapat memainkan permainan asal, ia akan termasuk:

Area bawah tanah merupakan kawasan baru yang besar untuk di teroka dan  menampilkan lebih daripada 25 musuh baru yang menakutkan

Lebih banyak kemahiran / peralatan / menambah:

1. Kemahiran Level 3      
 DD: DA menyediakan setiap kelas  karekter dengan peringkat kemahiran baru, memberikan pemain         kebolehan yang lebih hebat dan kemahiran baru untuk dikuasai
2. Lebih 100 peralatan baru
Senjata  tahap tinggi yang baru dan set perisai untuk pemain meneroka gua bawah tanah
3. 14 watak baru / Pawn augments
4. peningkatan peringkat peralatan yang baru


Dan ada lagi:

Peningkatan optimize option untuk  karekter
penilaian item
Pilihan untuk memilih suara Jepun

Dragon's Dogma: Dark Arisen akan berada di pasaran pada 23 april untuk PS3 dan Xbox 360.


Disebalik Tabir 'From Ashes'


Sony Playstation menyiarkan video bagaimana Pasukan Kesan Khas mencipta semula Tentera Sparta untuk trailer lakonan sebenar God of War: Ascension, From Ashes di Imaginary Forces


 

Saints Row 4 akan keluar pada bulan ogos ini



Saints Row 4 mungkin akan keluar di Xbox 360 dan Playstation 3 Ogos ini, bukannya pada konsol generas baru yang dikatakan akan dilancarkan juga pada tarikh yang hampir sama. Penerbit Deep Silver, masih belum mnegesahkan mana mana butiran.

Walaubagaimana pun, Chris Stockman, Pengarah reka bentuk Saints Row yang original berkata Saint Row akan dibuat untuk Konsol yang ada sekarang ini pada bulan Ogos nanti. Deep Silver pula mengatakan Saints Row 4 masih dalam penghasilan dan masih belum mengumumkan untuk mana mana konsol lagi.

Sebelum ini, Saints Row: Enter the Dominatrix, adalah game tambahan kepada Saints Row: The Third. telah dijadikan game sambungan yang sepenuhnya dalam francais Saints Row. Ogos adalah tarikh yag membuatkan Sants Row 4 sebulan lebih awal dipasarkan dari pesaing utamanya Grand Theft Auto V dan tarikh keluarnya pada bulan september.  Bercakap dengan GI.Biz, Syarikat induk Silver Deep, KOch Media, menyokong idea ini. Ketua Pegawai Eksekutif Klemens Kundratitz berkata terdapat "tidak syak lagi" Saints Row seterusnya akan dipasarkan pada tahun 2013.