Ultimate Ninja Storm 3, adakah ini game yang terbaik?
Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 3 akan keluar tidak lama lagi, seiring dengan itu, Pasukan CyberConnect2 telah menyiarkan satu lagi trailer terbaru, trailer cerita Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 3. Dan trailer ini telah mendedahkan sebahagian daripada story mode di dalam game ini nanti. saksikan!!
Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 3 akan menyerang pada 18 April untuk PS3 dan Xbox 360 .
Tiga tahun lepas, sebaik sahaja filem Star Trek mendapat kejayaan diseluruh dunia, Pencipta Star Trek the video game yang akan dipasarkan akan memulakan perjalanan membawa adventure yang baru kepada pemain.
Capcom melancarkan Dragon's Dogma : Dark Arisen, yang merupakan sambungan kepada Dragon's Dogma yang mendapat respon positif daripada pemain. Dragon's Dogma : Dark Arisen akan dilancarkan bersama-sama dengan permainan asal melalui Download dan DVD. Dragon's Dogma : Dark Arisen akan mempunyai area baru, raksasa, misi dan banyak barangan lain.
Pemain yang telah bermain didalam Dragon's Dogma, boleh mengeksport save fail mereka, membawa karekter anda kepada Dragon's Dogma: Dark Arisen, menjadikan lebih banyak barang boleh didapatkan. Anda boleh membawa karekter anda untuk menguji semua gear dan senjata baru, dan sebagai bonus, anda akan menerima 100,000 Kristal Rift, Ferrystones tanpa had dan Armour Gransys Pack, yang mengandungi enam pakaian baru secara percuma dengan Dragon's Dogma : Dark Arisen.
Capcom telah mendengar maklum balas daripada pemain dan telah menjawab soalan pemain. Bukan sahaja anda akan dapat memainkan permainan asal, ia akan termasuk:
Area bawah tanah merupakan kawasan baru yang besar untuk di teroka dan menampilkan lebih daripada 25 musuh baru yang menakutkan
Lebih banyak kemahiran / peralatan / menambah:
1. Kemahiran Level 3
DD: DA menyediakan setiap kelas karekter dengan peringkat kemahiran baru, memberikan pemain kebolehan yang lebih hebat dan kemahiran baru untuk dikuasai
2. Lebih 100 peralatan baru
Senjata tahap tinggi yang baru dan set perisai untuk pemain meneroka gua bawah tanah
3. 14 watak baru / Pawn augments
4. peningkatan peringkat peralatan yang baru
Dan ada lagi:
Peningkatan optimize option untuk karekter
penilaian item
Pilihan untuk memilih suara Jepun
Dragon's Dogma: Dark Arisen akan berada di pasaran pada 23 april untuk PS3 dan Xbox 360.
Saints Row 4 mungkin akan keluar di Xbox 360 dan Playstation 3 Ogos ini, bukannya pada konsol generas baru yang dikatakan akan dilancarkan juga pada tarikh yang hampir sama. Penerbit Deep Silver, masih belum mnegesahkan mana mana butiran.
Walaubagaimana pun, Chris Stockman, Pengarah reka bentuk Saints Row yang original berkata Saint Row akan dibuat untuk Konsol yang ada sekarang ini pada bulan Ogos nanti. Deep Silver pula mengatakan Saints Row 4 masih dalam penghasilan dan masih belum mengumumkan untuk mana mana konsol lagi.
Sebelum ini, Saints Row: Enter the Dominatrix, adalah game tambahan kepada Saints Row: The Third. telah dijadikan game sambungan yang sepenuhnya dalam francais Saints Row. Ogos adalah tarikh yag membuatkan Sants Row 4 sebulan lebih awal dipasarkan dari pesaing utamanya Grand Theft Auto V dan tarikh keluarnya pada bulan september. Bercakap dengan GI.Biz, Syarikat induk Silver Deep, KOch Media, menyokong idea ini. Ketua Pegawai Eksekutif Klemens Kundratitz berkata terdapat "tidak syak lagi" Saints Row seterusnya akan dipasarkan pada tahun 2013.
Walaupun ramai pemain yang mengatakan Dead Space 3 ini bukan lagi Game Survive Horror sebalik Game Action, em.. saya rasa tak lar sangat.. Bagi saya mungkin kurang seram, tapi still memyeramkan kalau dibandingkan dengan game game yang ada. Mungkin nak kekalkan faktor seram itu susah kerana sebaik sahaja kita tahu dimana part part yang seram, ianya tidak lagi seram (mungkin). Tapi bagi saya Dead Space still bagi kelainan daripada siri siri game yang ada sekarang.
Tapi itu bukanla tujuan utama post ini, Sebagai mana saya katakan sebelum ini. Saya minat terhadap access yang kita boleh buat senjata sendiri. Dan kita boleh buat pelbagai bentuk senjata yang kita mahu, dari rocket launcher hingga ke sniper klasik, dari Flamethrower ke Grenade Launcher. Dan game spot telah menyiarkan senjata senjata yang boleh kita tiru untuk dapatkan kepuasan membunuh necromorph yang degil degil ni. Saksikan!!
Aliens: Colonial Marines yang dihasilkan oleh Gearbox Software dan akan diedarkan oleh Sega untuk Microsoft Windows, Playstation 3, Wii u dan Xbox 360. Aliens: Colonial Marines adalah game Aliens ketiga yang di hasilkan oleh Sega. Yang pertama ialah Aliens vs. Predator pada tahun 2010, dan yang kedua ialah Aliens Infestation pada tahun 2011.
Aliens: Colonial Marines ada game first-person shooter yang meletakan pemain sebagai United States Colonial Marin, atau bahasa melayunya Askar Peneroka Marin Usa yang bernama Cpl. Christoper Winter. Pemain boleh mengunakan senjata yang kita biasa lihat didalam Movie Aliens seperti Flamethower, pulse rifle, smartgun, shotgun, pistol, RPF dan robotic sentry turret. Pemain juga boleh mengunakan obor untuk mengunci pintu dan motion tracker untuk mengesan musuh yang tidak boleh dilihat.
Pada mulanya Game ini diumumkan permainan akan melibatkan gameplay squad-based, yang membolehkan pemain untuk mengeluarkan perintah kepada marin yang dikawal oleh AI menggunakan command yag disediakan. Walau bagaimanapun, Gearbox kemudian mendedahkan bahawa ciri ini telah digugurkan untuk membuatkan permainan ini lebih mudah.Aliens: Colonial Marines pada asalnya merancang untuk tidak mempunyai HUD untuk menyediakan pemain dengan maklumat pada skrin.
Jenis permainan telah digambarkan sebagai "Gauntlet Runs", di mana pemain mesti melawan musuh-musuh dalam perjalanan dari titik A ke titik B, dan Detik "Last Stand", di mana pemain mesti mempertahankan kawasan tertentu mengunci pintu masuk dan menghidupkan automated sentry turret.
Pemain akan mendapat point experience bila membunuh musuh dan menghabiskan misi yang diberi. Point experience ini membolehkan pemain mengubah penampilan karekter, membeli upgrade senjata dan mengunci set skill yang boleh dibawa ke mode gameplay yang lain.
Musuh-musuh utama adalah xenomorphs daripada tiga filem yang pertama, termasuk Facehugger, Chestburster, dan "Drone" dari Alien, "Warrior" dan "Queen" alien dari Aliens, serta "Runner" dari Alien 3. Permainan ini juga akan menampilkan xenomorph yang tidak pernah dilihat sebelum ini yang dicipta oleh Perisian Gearbox. ada lagi jenis alien yang dirahsiakan, Kecuali "Crusher", yang telah didedahkan di E3 2011 Demo Walkthrough dan "Boiler", alien yang mampu meletupkan dirinya dan menyebabkan asidnya mengenai musuh telah didedahkan dalam trailer gamenya baru baru ini. Alien yang boleh bergerak dimana mana permukaan dan sudut kali ini, Gear Box dan Sega juga telah menyatakan bahawa Alien akan menggunakan persekitaran untuk serang hendap, dan taktik berkumpulan untuk mengatasi pemain. Tak semua musuh adalah Aliens kerana pemain juga akan mendapati mereka juga akan berlawan dengan musuh manusia seperti komando Weyland-Yutani dan juga tentera upahan.
Mode multiplayer pula boleh dimain 4 orang pemain untuk online dan split screen untuk main disatu konsol yang sama. perlawanan berkumpulan antara pemain telah disahkan. Gear Box telah menunjukan perlawanan Death Match 6 lawan 6 dan juga 4 lawan 4 yang digelar Escape. Marin mesti sampai ketempat pelepasan dan alien pula mesti menghalang marin. Gear Box menerangkan ada lagi mode multiplayer yang masih belum didedahkan lagi.
Skin untuk multiplayer dibuat daripada 4 askar marin daripada filem Aliens yang boleh didapati dalam edisi tempahan awal menurut Laman Web Rasmi Sega. Termasuk Koperal Dwayne Hicks, Pakar Smartgun Mark Drake, Sarjan Al Apone dan William Hudson.
Cerita game ini merupakan sambungan Filem arahan James Cameron, Cerita Aliens: Colonial Marines mengambil tempat selepas habisnya kejadian dalam filem kedua Aliens. Pengurus Gear Box Software's Community mengesahkan Game ini sambungan rasmi dalam Francais Aliens. Kebanyakan plot utama cerita ditulis oleh penulis Battlestar Galactica, Bradley Thompson dan David Weddle. Menceritakan Koperal Christopher Winter, Marin Peneroka yang terlibat dalam kumpulan mencari dan menyelamat yang dihantar untuk menyiasat di U.S.S Sulaco dalam mencari Ellen Ripley, Koperal Dwayne Hicks dan marin yang hilang, mereka dihantar ke LV-426. Sulaco, Kapal angkasa Alien dan juga LV-426 adalah tempat didalam game ini. berserta tempat lain yang tidak dinyatakan.
Penghasil :Gearbox Perisian
Penerbit: Sega
Pengedar: 20th Century Fox
Enjin: Red Ring Engine (Unreal Engine 3 dengan renderer baru )
Pelantar :Microsoft Windows, PlayStation 3, Wii U, Xbox 360
Tarikh Keluar:
Microsoft Windows, PlayStation 3 & Xbox 360: February 12, 2013
Dead Space 3 telah berada dipasaran dan banyak video gameplay dan walkthrough telah dikeluarkan dan bilangan yang telah menghabiskan pasti lebih banyak. Dan sama juga saya, saya telah menghabiskan game tersebut dalam masa 4 hari ( sehari sekitar 4-5 jam). Saya cuma gunakan Level Casual sahaja ( Level yang paling senang) memandangkan saya ada komitmen lain.
Dead Space 3, Game yang memang menarik, ramai diluar sana mengatakan keseraman untuk game Dead space kali ini tidak begitu menyeramkan jika dibandingkan dengan 2 game sebelum ini. Tetapi disebabkan saya tidak bermain dengan dua game Dead Space sebelum ini, saya tidak boleh nak komen banyak mengenai lebih seram atau tak. Tetapi bagi saya game ini memang menyeramkan. Antara unsur-unsur keseraman ialah bunyi bunyi persekitaran seolah olah raksasa raksasa atau Necromorph ini sentiasa ada berdekatan walaupun sebenarnya tiada. Buatkan perjalanan kita didalam game ini sentiasa berjaga-jaga. dan ada juga beberapa elemen kejutan seperti Necromorph yang tiba tiba keluar dari tanah yang benar benar buat saya terkejut.
Dari segi gameplay pula, Saya sukakannya, ianya ringkas, kamera yang sentiasa dibelakang watak ketika berjalan, dengan ada pula kuasa telekinesis ( mengangkat barang dari jauh mengunakan kuasa minda) dan kuasa static (memperlahankan pergerakan objek dan juga Necromorph). dan paling menarik dalam game ini kita boleh membina dan upgrade senjata kita sendiri. bagi pemain Dead Space yang sebelum ini mungkin sudah biasa.
Dari Segi Cerita, Saya puas hati, Jalan cerita dan skrip dibuat dengan baik sekali. ada sedikit elemen perasaan, cinta, cemburu marah yang saya rasa seronok menghayati cerita game ini.dan endingnya yang saya rasa "dah habis ke?". Tak puas hati dengan endingnya. Tapi ini mungkin pengakhiran bagi Isaac setelah apa yang dilaluinya selama ini. atau ada Alternate ending lain atau ada sambungan lagi selepas ini??
Tiada komen pasal watak watak Necromorph dalam game ini. Ianya memang telah dibuat teliti dan setiap watak menjalankan fungsi wataknya dengan baik( walaupun sesetengah Necromorph yang agak menjengkelkan). Necromorph yang bergerak laju dan susah dibunuh dengan sekali tembakan memang buat ini menakutkan, percaya atau tak saya telah mati beberapa kali sebanyak sahaja berjumpa dengan Necromorph buat kali pertama (Mungkin saya belum lagi menjadi gamer yang pro).
Keseluruhannya. Game ini yang menarik. dan walaupun tidak pernah mengikuti game yang sebelum ini. saya berminat dengan game ini. Dan bagi peminat Dead Space, Sila lah main game ini untuk mengetahui jalan cerita untuk episod terakhir ini. Dan kalau nak 'Feel' mainlah level tinggi - tinggi sikit. :)
Pengalaman sendiri, pertama kali bermain Dead Space ambil masa hampir setahun untuk menghabiskannya, mungkin tidak untuk sesetengah pemain. Secara peribadinya pada saya ia amat menyeramkan dan mengerikan, permainan bergenre seram ini adalah senarai yang wajib main bagi saya selain daripada siri Resident Evil dan Silent Hill. Dead Space berjaya menaikan suasana seram dan tegang setiap kali anda melepasi pelbagai halangan. Untuk Dead Space 2 pula, perasaan seram masih wujud dalam dunia Dead Space dan kali ini anda dapat mendengar buat pertama kalinya suara Isaac Clarke. Sekarang Dead Space 3 sudah berada dipasaran, walaupun sudah bekerja saya akan cuba mencari masa untuk bermain game tersebut. Tidak kisah perlu mengambil masa yang lama untuk habiskannya.
Untuk mengetahui sejauh mana tahap keseraman Dead Space 3 berbanding dengan siri-sirinya sebelum ini. mari kita lihat review game tersebut. (Sumber video daripada Gamespot)
Sony Computer Entertainment Hong Kong telah mengumumkan acara tempahan awal Singapura untuk episod terakhir Kratos, God of War: Ascension. Acara itu telah diadakan pada 1 Februari 2013 di Sony Stores di Funz Center dan Isetan Orchard.
50 orang yang terawal menempah God of War: Ascension telah menerima T-Shirt, Dua poster dan cawan God of War.mereka juga telah mendapat diskaun unuk koleksi Saga God of War yang berharga S$9.90(RM 24.70)
*** Review ini mengandungi spoiler, sesiapa yang belum bermain dan tidak mahu tahu jalan cerita jangan baca review ini. Dmc: Devil May Cry telah pun berada dipasaran, dan saya pasti mesti ramai yang sudah habiskan game ini dan mara ketahap yang lebih sukar. Saya pun telah habis main tapi hanya diperingkat HUMAN sahaja memandang saya ada komitmen lain.
Dmc: Devil May Cry, saya sukakan game ini dan mungkin saya akan jadikan ia koleksi kegemaran saya memandangkan saya adalah peminat devil may cry dan juga disebabkan ianya menarik. Memang Dante kali ini diubah suai sebanyaknya untuk menampakan dante versi remaja. Dan saya rasa ianya berjaya dan paling best ialah ianya memang dante yang sama.
Gameplay kali ini akan sukar bagi saya (mungkin kerana ini kali pertama saya bermain DmC di PC) kameranya yang manual meyukarkan saya melihat kedudukan musuh dan apa yang saya buat cuba libas pedang berharap ianya mengenai musuh. dan juga kawalan mengunakan senjata demon dan angel yang mana agak sukar untuk digunakan berselang seli(mungkin kawalan di konsol seperti Xbox 360 dan PS3 lebih mudah).
Dan apa yang saya harapkan agak tidak mengena kerana saya cuma harapkan DmC: Devil May Cry ini adalah cerita sewaktu Dante masih muda dan kemudiannya menjadi Dante yang kita pernah main sebelum ini, tapi Dante versi DmC: Devil May Cry ini telah di reboot bermaksud Dante direka semula termasuk sejarah hidupnya yang dimana kali ini Dante bukan lagi separuh manusia dan separuh syaitan tetapi separuh malaikat dan separuh syaitan yang di panggil "Nephilim". tetapi selain itu ianya hampir kepada kisah Dante yang Original.
Bos terakhir Mundus, bagi saya bos yang senang berbanding bos bos yang lain di dalam game ini, dan hampir seperti game Devil May Cry yang sebelum ini, cuma kali ini agak senang. bukan senang kerana senang dikalahkan cuma tidak perlu pecahkan kristal, tidak perlu elak laser besar, cuma kali ini cuma melompat ke dua tempat, serang tangan kiri dan kanan dan akhir sekali dimuka dan Mundus kalah. Agak terlalu ringkas,
Vergil, siapa yang mengikuti Devil May Cry sebelum ini pasti tahu Vergil adalah kembar Dante yang Jahat. dan selepas berjumpa dengan Vergil kali pertama dalam game ini, saya ternanti nanti bila vergil akan bertukar menjadi jahat. Dan setiap level saya ternanti nanti saat itu. Hampir kecewa sehinggalah Mundus dikalahkan. Rupanya ada satu level terakhir sekali. Disitu rupanya menunjukan kejahatan Vergil yang rupa-rupanya tujuan Vergil mengalahkan Mundus tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengantikan tempat Mundus, Menguasai Dunia. Okay, puas hati.
Keseluruhannya jalan cerita game ini agak pendek bagi saya. Cuma ianya dipanjangkan dan dilamakan dengan melawan bos, setiap bos kita kena melalui 3 atau 4 level untuk bertemu bos. yang mana sebelum ini satu level untuk satu bos.Game yang menarik dengan semua perubahan dan gameplay yang baru. Tetapi saya lebih meminati Devil May Cry 4. Mungkin selepas ini adalah lagi DmC: Devil May Cry 2 pula. siapa tahu. mungkin dengan jalan cerita yang lebih mantap. :)
Video ini adalah perlawanan bos terakhir dan ending.. saksikan
Sony Playstation telah menyiarkan trailer lakonan sebenar untuk game God of War: Ascension. Trailernya yang menarik. Trailer ini menunjukan hati sebenar kratos yang sebelum ini cuma memaparkan kemarahan dan dendamnya..
Dengan hanya beberapa hari lagi Pengembaraan Lara Croft yang terkini akan berada di pasaran, Square Enix dan Namco Bandai akan memberikan barangan esklusif untuk Edisi Xbox 360 untuk pemain di Asia.
Semua 360 salinan Tomb Raider yang berada di Taiwan, Hong Kong, Korea, dan asia tenggara akan termasuk sekali agility skill upgrade untuk Lara, peta multiplayer Shanty Town, dan Tomb Raider Pek Perlawanan(yang termasuk sekali skill tambahan dan tambahan senjata) pada hari ia dikeluarkan.
Tambahan lagi, Namco Bandai juga menawarkan kepada sesiapa yang buat tempahan Asian Survival edition untuk Xbox360. Pemain itu akan diberikan Hitman: Absolution-themed pek senjata, 3 jenis Kostum untuk Lara, dan cabaran single player dipanggil Tomb of the Lost Adventurer.
Dead Island: Riptide ialah game terbaru yang dihasilkan oleh Techland dan dikeluarkan oleh Deep Silver. Dijadualkan berada dipasaran pada April 2013 untuk platform Xbox 360, Playstation 3 dan Microsoft window (PC). Walaupun dikatakan ia adalah spin-off, ceritanya diambil selepas sahaja Dead Island habis, mengisahkan 4 orang yang terselamat mendapati mereka berada di pulau yang bernama Palanai di Banoi archipelago, yang telah diserang oleh zombie.
Ceritanya bermula apabila Wira Dead Island telah selamat dari Banoi dan dari pulau yang telah dihuni oleh zombie. Tetapi takdir mereka menjadi makin teruk bila mereka sampai di tempat selamat dikapal Tentera dengan menaiki helikopter. tiba tiba telah serang ribut taufan yang ganas dan virus zombie tersebar kepada krew krew kapal. Mimpi Ngeri bermula semula...
Berikut adalah Gameplay terbaru daripada gamespotyang dikeluarkan pada websitenya baru baru ini.
Berikutnya adalah trailer Dead Island Riptide yang telah pun dikeluarkan pada september 2012. saksikan..
Seperti ramai yang tahu atau yang sudah pernah bermain One Piece Pirate Warrior telah dikeluarkan. Dan Baru baru ini One Piece Pirate Warrior 2 versi english akan keluar dipasaran tak lama lagi dan ianya hanya untuk PS3 sahaja. Bagi versi Jepun ianya di PS3 dan PS Vita sahaja.
Bagi sesiapa yang tak tahu apa ini One Piece Pirate Warrior, ialah adalah game yang berasaskan dari manga One Piece dan game telah dihasilkan dalam versi peperangan. Game pertama yang membuat ciri ini ialah Dynasty Warrior dan kemudian ciri ini telah membuatkan banyak penghasil game menghasilkan game seperti ini.
bagi sesiapa peminat One Piece. Mungkin ini hadiah untuk anda..
Versi English tidak nyatakan tarikh berada dipasaran buat masa ini. Tetapi Versi Jepun akan keluar 20 Mac bagi kedua dua platform.
Ubisoft telah mengumumkan tarikh untuk pek tambahan bagi game Assassin's Creed 3 Tyranny of King Washington iaitu pada Februari 19 2013 untuk komputer dan juga Xbox360. Manakala untuk PS3 pada hari berikutnya.
Pek tambahan ini mengisahkan kisah sejarah yang berlain pada masa zaman pemerintahan George Washington di Amerika Syarikat.
Pek tambahan ini dibahagikan pada tiga kandungan pek yang berlainan episod. Bagi yang mempunyai "Season pass holder", tiada sebarang cas tambahan ketika membeli pek tambahan ini iaitu $29.99(RM91.59). Dan untuk setiap satu episod beharga $9.99(RM30.51) kalau beli berasingan. (Sumber dari Examiner)
Sony telah mengumumkan bahawa demo game untuk The Last of Us akan disekalikan di dalam game God of War: Ascension yang akan berada di pasaran pada March 12 2013. Menurutnya lagi, demo ini tidak akan dapat terus dimain walaupun telah membeli God of War Ascension, di dalamnya akan ada satu menu untuk pemain melihat bagaimana cara untuk mendapatkan demo tersebut.(sumber dari Gamespot)
The Last of Us mengisahkan Joel dan Ellie yang perlu merintangi pelbagai halangan dan cabaran untuk terus hidup apabila bumi telah berada diambang kemusnahan disebabkan suatu jangkitan kulat yang telah mengorbankan ribuan manusia 2 tahun dahulu.
The Last of Us adalah game khas eksklusif hanya untuk PS3 sahaja. Dibina oleh Naughty Dog dan dikeluarkan oleh Sony Computer Entertainment.
The Last of Us akan berada dipasaran pada May 7 2013.
Sebelum ini Resident Evil Revelations hanya di keluarkan khas untuk konsol game Nintendo 3DS pada Januari 2012. Namun pada Januari 22 2013, pihak Capcom telah mengumumkan bahawa game tersebut boleh di dapati untuk Xbox 360, PS3, Wii U dan juga komputer. Resident Evil Revelations akan berada di pasaran pada Mei 21 2013.
Untuk versi baru game ini, mereka akan meningkatkan lagi kualiti grafik, sistem pertempuran dan juga pakaian baru.
Untuk mengetahui lebih lanjut. Mari tonton video ini.
Seperti yang diketahui Deadspace 3 akan dikeluarkan pada 8 February 2013 ini yang boleh dimain di Xbox 360, PC dan Ps3.
sempena pengeluaran nanti. Xbox memberi cendera hati kepada pemain Xbox 360 merasai game ini sebelum ia dikeluarkan. Demo tersebut telah dikeluarkan semalam percuma hanya dengan Gold membership.
Dead Space 3 mengisahkan Isaaac Clarke dan Askar yang tiada belas kasihan John Carver dalam perjalanan merentas angkasa mencari punca berlakunya Necromorph outbreak (Necromorph ialah raksasa yang terjadi daripada mayat dan virus makhluk asing). Terhempas di planet Tau Volantis yang beku, Isaac mesti melalui persekitaran yang teruk untuk mencari bahan mentah. Dia kemudiannya akan mengunakan skill juruteranya kepada tahap tertinggi untuk menghasilkan senjata dan alatan untuk terus hidup. Planet Ais itu menjadi kunci kepada kemusnahan Necromorph selamanya, tetapi yang pertama isaac mesti melalui berbagai rintangan, mendaki ais yang berbahaya, dan hidupan liar yang ganas. Berhadapan dengan musuh berevolusi yang sangat bahaya dan musuh yang tiada belas kasihan, Isaac boleh memilih kumpulannya, bukan sahaha untuk meneruskan hidupnya tetapi juga untuk semua manusia lain.
Dan ini sedikit intro untuk Dead Space 3 dari tragedi Dead space yang pertama
Kepada peminat animasi daripada syarikat Studio Ghibli, jangan lepaskan peluang untuk bermain game ini untuk merasai keunikan dan hasil seni dari Studio Ghibli sendiri dan juga syarikat Level 5 yang terkenal dengan sistem game RPG mereka. Syarikat-syarikat ini digabungkan oleh Namco Bandai untuk menghasilkan gameNi no Kuni: Wrath of the White Witch. Mari kita lihat review dari IGN untuk game ini yang baru sahaja di keluarkan untuk pasaran North America.
Laman web rasmi Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 3 mendedahkan terdapat 6 Pakaian tambahan jika buat pre oder di jepun. Termasuk Naruto dalam Pakaian Goku.
dan juga pakaian samurai naruto, Sakura dalam pakaian renang, "Road To Ninja" sasuke dan Hinata dan juga Anbu Kakashi.