Pernah main Guitar Hero?
Tekan butang ikut irama...itu ajer? Bagaimana rasanya kalau irama yang anda
mainkan menentukan hidup atau matinya sesuatu bangsa?
Pon-Pon-Patapon...>_<
Secara peribadi...saya tak minat main psp, tapi Patapon menyebabkan saya suka main psp. Jadi tanpa Patapon, psp tak ada makna...hehe jangan marah ye...cuma pendapat diri yang hina ini. Patapon adalah satu game yang di hiasi dengan pelbagai limpahan warna dan musik yang menceriakan dan tapi menyimpan satu agenda...perang dan permusuhan...
Puak Patapon di
tindas oleh empayar Zigoton dan anda adalah dewa mereka. Melalui rentak irama
gendang pemain akan memimpin watak-watak comel di sepanjang perjalanan mereka
untuk mengambil semula tanah asal yang di rampas...begitulah kisahnya...
Ya betul,
gendang...dengan paluan kombinasi empat bunyi berbeza (butang berbeza) akan
menyebabkan Patapon bertindak mengikut irama. Apabila gendang dipalu maka
Patapon akan menyanyi dan menari dan membunuh segala Zigoton dan makhluk buas
yang menghalang kemaraan mereka. Mudah kan?
Chaka—Don—Pon—Pata
|
Mudah atau tidak
bergantung kepada individu tapi yang penting apabila sudah terikut dengan
rentak irama pemain akan mula terpukau (guna
earphone/headphone untuk lebih kesan). Badan akan mula melenggok dan kaki
di henjut-henjut mengira kiraan metronome. Itulah yang saya rasa. Memang bila
bermain Patapon tak boleh nak bercakap atau layan orang, kena fokus sepenuhnya
kepada permainan.
Arahan rentak
gendang memang mudah dari kombinasi bunyi chaka, don, pon dan pata, arahan
diberikan seperti mara, serang, bertahan atau berundur. Di sini memerlukan
ketajaman perhatian dari pemain. Jangkakan bila musuh akan menyerang kita suruh
tahan, bila jalan clear boleh mara ke hadapan. Tapi nak cerita semua, lebih
baik tulis game guide.
Yang pasti musik
Patapon adalah sangat unik dan istimewa hanya kepada permainan ini. Mana-mana
gamers yang gemarkan Patapon, iramanya akan menghantui kita sepanjang hayat.
Berani jamin korang dah umur tua bangka esok mesti boleh cam lagi irama Patapon
nih.
Pelbagai kombinasi, pelbagai variasi... |
Jadi kita lihat
kepada watak Patapon sendiri. Mereka terdiri dari pelbagai jenis mengikut
penggunaan dan keupayaan seperti pemanah, askar biasa, askar tombak dan
sebagainya. Dan setiap unit mempunyai keupayaan istimewa seperti askar perisai
(tak ingat nama dia) boleh bertahan dari serangan balas musuh dan pemanah boleh
buat hujan panah.
Selain itu setiap
unit boleh upgrade dengan peralatan-peralatan tambahan seperti baju besi atau
tombak istimewa. Ia memberikan pemain kelebihan untuk customize unit mengikut
selera. Sebab misi-misi ada banyak sama ada peperangan mengikut jalan cerita
atau misi sampingan seperti berburu untuk mengumpulkan bahan, ia berguna untuk
menghasilkan peralatan untuk Patapon gunakan. Selain itu berburu memberikan
satu mata khas di panggil ka-ching...macam duit untuk buat unit Patapon yang
baru.
Tapi
kadang-kadang bahan-bahan untuk buat senjata yang kuat tidak mencukupi.
Terutama bila unit baru di buat menggunakan ka-ching tapi senjata tidak cukup
kuat. Ada cara lain untuk penuhi keperluan Patapon. Di medan perang musuh-musuh
yang di tewaskan akan tinggalkan peralatan dan boleh di kutip dan kemudian di gunakan
oleh Patapon.
Barang-barang
yang di kutip mempunyai kualiti berbeza dan boleh memberikan pelbagai kelebihan
kepada Patapon. Tak rugi sebab lebih baik kutip barang dari buat barang, pada
pendapat saya cuma jarang dapat kumpul banyak. Tapi memang seronok bila musuh
yang di kalahkan tinggalkan barang menarik untuk di kutip. Juga da beberapa
mini game turut di selit sebagai cabaran tambahan.
Dinosour tu nak gigit ke, nak
sembur api?
|
Berlawan dengan
bos adalah sentiasa mendebarkan. Pertama, saya tak suka kehilangan unit yang
berharga (boleh hidupkan balik yang mati tapi rasa tak best kalau ramai mati...=P). Kedua kena faham kombinasi serangan
bos supaya boleh mengubah bentuk tindakan Patapon agar mereka selamat.
Ketiga...benci kalau orang kacau atau nak bercakap dengan kita bila tengah
lawan bos...hilang fokus pada rentak irama lagu.
Berbalik pada
yang asal, irama lagu dan arahan berbentuk alunan paluan gendang adalah konsep
utama bagi permainan ini. Bila meter “fever” sudah penuh Patapon akan menjerit
naik hangin. Nyanyian dan lagu dia jadi semakin rancak dan luar biasa berbeza,
mudah terlepas rentak jika fokus di ganggu...jadi elok jangan main dalam bas
atau lrt...
Setakat hingga
masa review ini di tulis telah diterbitkan sambungan permainan ini iaitu
Patapon 2 dan Patapon 3. Ia membawa pengembaran Patapon lebih jauh lagi dengan
tambahan yang lebih banyak dan lebih menarik. Ada sistem hero, summoning dan
arahan gendang lebih kompleks.
FEVER!!!
|
Cuma yang penting sebelum ingin mencuba seluruh siri
Patapon, elok mula ikut turutan agar jalan cerita dan kemahiran bermain dapat
berkembang dengan harmoni...er...tak kisahlah...main ikut suka, hidup asal
Video Trailer Patapon
Video Trailer Patapon 2
Video Trailer Patapon 3