Aliens: Colonial Marines 12 Februari



Aliens: Colonial Marines yang dihasilkan oleh Gearbox Software dan akan diedarkan oleh Sega untuk Microsoft Windows, Playstation 3, Wii u dan Xbox 360. Aliens: Colonial Marines adalah game Aliens ketiga yang di hasilkan oleh Sega. Yang pertama ialah Aliens vs. Predator pada tahun 2010, dan yang kedua ialah Aliens Infestation pada tahun 2011.




Aliens: Colonial Marines ada game first-person shooter yang meletakan pemain sebagai United States Colonial Marin, atau bahasa melayunya Askar Peneroka Marin Usa yang bernama Cpl. Christoper Winter. Pemain boleh mengunakan senjata yang kita biasa lihat didalam Movie Aliens seperti Flamethower, pulse rifle, smartgun, shotgun, pistol, RPF dan robotic sentry turret. Pemain juga boleh mengunakan obor untuk mengunci pintu dan motion tracker untuk mengesan musuh yang tidak boleh dilihat.


Pada mulanya Game ini diumumkan  permainan akan melibatkan gameplay squad-based, yang membolehkan pemain untuk mengeluarkan perintah kepada marin yang dikawal oleh AI  menggunakan command yag disediakan.  Walau bagaimanapun, Gearbox kemudian mendedahkan bahawa ciri ini telah digugurkan untuk membuatkan  permainan ini lebih mudah.Aliens: Colonial Marines  pada asalnya merancang untuk tidak mempunyai HUD untuk menyediakan pemain dengan maklumat pada skrin.


Jenis permainan telah digambarkan sebagai "Gauntlet Runs", di mana pemain mesti melawan musuh-musuh  dalam perjalanan dari titik A ke titik B, dan Detik "Last Stand", di mana pemain mesti mempertahankan kawasan tertentu mengunci pintu masuk dan menghidupkan automated sentry turret.

Pemain akan mendapat point experience bila membunuh musuh dan menghabiskan misi yang diberi. Point experience ini membolehkan pemain mengubah penampilan karekter, membeli upgrade senjata dan mengunci set skill yang boleh dibawa ke mode gameplay yang lain.

Musuh-musuh utama adalah xenomorphs daripada tiga filem yang pertama, termasuk Facehugger, Chestburster, dan "Drone" dari Alien, "Warrior" dan "Queen" alien dari Aliens, serta "Runner" dari Alien 3. Permainan ini juga akan menampilkan xenomorph yang tidak pernah dilihat sebelum ini yang dicipta oleh Perisian Gearbox. ada lagi jenis alien yang dirahsiakan, Kecuali "Crusher", yang telah didedahkan di E3 2011 Demo Walkthrough  dan "Boiler", alien yang mampu meletupkan dirinya dan menyebabkan  asidnya mengenai musuh telah didedahkan dalam trailer gamenya baru baru ini. Alien yang boleh bergerak dimana mana permukaan dan sudut kali ini, Gear Box dan Sega juga telah menyatakan bahawa Alien akan menggunakan persekitaran untuk serang hendap, dan taktik berkumpulan untuk mengatasi pemain. Tak semua musuh adalah Aliens kerana pemain juga akan mendapati mereka juga akan berlawan dengan musuh manusia seperti komando Weyland-Yutani dan juga tentera upahan. 



Mode multiplayer pula boleh dimain 4 orang pemain untuk online dan split screen untuk main disatu konsol yang sama. perlawanan berkumpulan antara pemain telah disahkan. Gear Box telah menunjukan perlawanan Death Match 6 lawan 6 dan juga 4 lawan 4 yang digelar Escape. Marin mesti sampai ketempat pelepasan dan alien pula mesti menghalang marin. Gear Box menerangkan ada lagi mode multiplayer yang masih belum didedahkan lagi.

Skin untuk multiplayer dibuat daripada 4 askar marin daripada filem Aliens yang boleh didapati dalam edisi tempahan awal menurut Laman Web Rasmi Sega. Termasuk Koperal Dwayne Hicks, Pakar Smartgun Mark Drake, Sarjan Al Apone dan William Hudson.

Cerita game ini merupakan sambungan Filem arahan James Cameron, Cerita Aliens: Colonial Marines mengambil tempat selepas habisnya kejadian dalam filem kedua Aliens. Pengurus Gear Box Software's Community mengesahkan Game ini sambungan rasmi dalam Francais Aliens. Kebanyakan plot utama cerita ditulis oleh  penulis Battlestar Galactica,  Bradley Thompson dan David Weddle. Menceritakan Koperal Christopher Winter, Marin Peneroka yang terlibat dalam kumpulan mencari dan menyelamat yang dihantar untuk menyiasat di U.S.S Sulaco dalam mencari Ellen Ripley, Koperal Dwayne Hicks dan marin yang hilang, mereka dihantar ke LV-426. Sulaco, Kapal angkasa Alien dan juga LV-426 adalah tempat didalam game ini. berserta tempat lain yang tidak dinyatakan.

Penghasil :Gearbox Perisian
Penerbit: Sega
Pengedar: 20th Century Fox
Enjin: Red Ring Engine (Unreal Engine 3 dengan renderer baru )
Pelantar :Microsoft Windows, PlayStation 3, Wii U, Xbox 360
Tarikh Keluar: 
Microsoft Windows, PlayStation 3 & Xbox 360: February 12, 2013


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...