The Last of Us demo di dalam God of War: Ascension

 
Sony telah mengumumkan bahawa demo game untuk The Last of Us akan disekalikan di dalam game God of War: Ascension yang akan berada di pasaran pada March 12 2013. Menurutnya lagi, demo ini tidak akan dapat terus dimain walaupun telah membeli God of War Ascension, di dalamnya akan ada satu menu untuk pemain melihat bagaimana cara untuk mendapatkan demo tersebut.(sumber dari Gamespot)
The Last of Us mengisahkan Joel dan Ellie yang perlu merintangi pelbagai halangan dan cabaran untuk terus hidup apabila bumi telah berada diambang kemusnahan disebabkan suatu jangkitan kulat yang telah mengorbankan ribuan manusia 2 tahun dahulu. 
The Last of Us adalah game khas eksklusif hanya untuk PS3 sahaja. Dibina oleh Naughty Dog dan dikeluarkan oleh Sony Computer Entertainment.
The Last of Us akan berada dipasaran pada May 7 2013.

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...