ATARI dan THQ gulung tikar!!


Berita yang agak kurang menyenangkan bagi permulaan tahun ini. Dua syarikat permainan video yang terkenal THQ dan Atari telah di isytiharkan bankrap.

Atari yang sudah lama tidak mengeluarkan sebarang game baru untuk 10 dan 15 tahun ini akhirnya telah di isytiharkan bankrap. Agak mengejutkan yang mereka masih boleh bertahan untuk jangka masa tersebut. Atari juga akan meninggalkan syarikat sekutunya France Atari S.A. Sumber dari IGN dalam artikelnya menyatakan, semua aset akan dijual termasuk logo Atari dan juga siri-siri permainan klasik syarikat tersebut. Siri klasik game tersebut seperti Pong, Asteroids, Centipede, Test Drive, Backyard Sports, Tempest dan Missle Command akan dijual dalam masa 3 atau 4 bulan dari sekarang.
Ditubuhkan oleh Nolan Bushnell 1972, Atari telah mengeluarkan berbagai permainan dan mencapai kejayaan yang luar biasa untuk satu jangka masa yang agak panjang, antaranya game Pac-man. Ia juga merupakan satu memori yang indah untuk kanak-kanak pada masa itu. Untuk beberapa tahun sebelum ini, Atari cuba untuk kekal berdiri dengan membuat semula game-game klasik mereka dengan penambahan cara permainan dan juga meningkatkan kualiti grafik.

Bagi THQ pula, sumber dari wikipedia menyatakan, "Pada November 13, 2012, THQ melaporkan bahawa mereka telah ingkar atas pinjaman $50 juta dari Wells Fargo dan berada di ambang muflis".
Ke semua hakcipta game dan juga syarikat-syarikat di bawah THQ telah dijual. Sumber dipetik daripada Kotaku:
  
Relic Entertainment dan Siri-siri Company of Heroes
Winning bid: $26.6 million - Sega Corporation
Backup bidder: $26.3 million - Zenimax Media 

THQ Montreal, termasuk 1666 dan Underdog
Winning bid: $2.5 million - Ubisoft
Backup bidder: None

Evolve atau Metamorphosis
Winning bid: $10.894 million - Take-Two Interactive
Backup bidder: $250,000 - Turtle Rock Studios, Inc.
Volition dan siri-siri Saints Row
Winning bid: $22.3 million - Koch Media
Backup bidder: $5.4 million - Ubisoft
Siri-siri Homefront
Winning bid: $544,218 - Crytek
Backup bidder: None
Siri-siri Metro
Winning bid: $5,877,551 - Koch Media
Backup bidder: $5.175 million - Ubisoft
South Park: The Stick of Truth
Winning bid: $3,265,306 - Ubisoft
Backup bidder: None



Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...