Trailer Dragon's Dogma: Dark Arisen


Capcom melancarkan Dragon's Dogma : Dark Arisen, yang merupakan sambungan kepada Dragon's Dogma yang mendapat respon positif daripada pemain. Dragon's Dogma : Dark Arisen akan dilancarkan bersama-sama dengan permainan asal melalui Download dan DVD. Dragon's Dogma : Dark Arisen akan mempunyai area baru, raksasa, misi dan banyak  barangan lain.

Pemain yang telah bermain didalam Dragon's Dogma, boleh mengeksport save fail mereka, membawa  karekter anda kepada Dragon's Dogma: Dark Arisen, menjadikan lebih banyak barang boleh didapatkan. Anda boleh membawa karekter anda untuk menguji semua gear  dan senjata baru, dan sebagai bonus, anda akan menerima 100,000 Kristal Rift, Ferrystones tanpa had dan Armour Gransys Pack, yang mengandungi enam pakaian baru secara percuma dengan Dragon's Dogma : Dark Arisen.



Capcom telah mendengar maklum balas daripada pemain dan telah menjawab soalan pemain. Bukan sahaja anda akan dapat memainkan permainan asal, ia akan termasuk:

Area bawah tanah merupakan kawasan baru yang besar untuk di teroka dan  menampilkan lebih daripada 25 musuh baru yang menakutkan

Lebih banyak kemahiran / peralatan / menambah:

1. Kemahiran Level 3      
 DD: DA menyediakan setiap kelas  karekter dengan peringkat kemahiran baru, memberikan pemain         kebolehan yang lebih hebat dan kemahiran baru untuk dikuasai
2. Lebih 100 peralatan baru
Senjata  tahap tinggi yang baru dan set perisai untuk pemain meneroka gua bawah tanah
3. 14 watak baru / Pawn augments
4. peningkatan peringkat peralatan yang baru


Dan ada lagi:

Peningkatan optimize option untuk  karekter
penilaian item
Pilihan untuk memilih suara Jepun

Dragon's Dogma: Dark Arisen akan berada di pasaran pada 23 april untuk PS3 dan Xbox 360.


Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...