Siri WWE akan diambil alih oleh Take Two



Take-Two telah disahkan membuat perjanjian untuk menerbitkan games WWE untuk game yang akan datang. dalam penyataan yang diberi kepada IGN, Wakil 2k berkata :

" Kami boleh mengesahkan bahawa kami telah membuat perjanjian untuk menerbitkan siri WWE yang dihasilkan oleh Yukes. Dalam masa ini, perjanjian tu masih didalam kes mahkamah lagi dan kes itu akan selesai tidak lama lagi. Saya sangat teruja mengenai potensi perjanjian ini dan kami akan kongsikan lagi dimasa yang lebih bersesuaian." 

Akibat Kes bankrup yang berlaku pada bulan December, lesen WWE yang dipegang oleh THQ juga telah diambil oleh mahkamah. Pada bulan lepas khabar angin mengatakan Take-Two akan mengambil alih. walaupun ini adalah kali pertama bahawa Yukes telah disahkan sebagai pemaju. 

Dapatkan berita sepenuhnya setelah perjanjian ini telah selesai dan setelah Take-Two memberi maklumat tambahan lagi

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...