Disahkan sendiri oleh Take Two di Laman web
2K Sports. game WWE yang seterusnya termasuk WWE 14 akan
dikeluarkan oleh Take Two.
Selepas THQ bankrup pada tahun lepas. Ramai yang tertanya apa yang akan jadi pada game game keluaran THQ termasuk siri popular iaitu WWE. Game ini sentiasa mendapat sambutan dan terutama mendapat sokongan dari peminat Gusti sendiri untuk merasai pengalaman bergusti di dunia digital.
Take Two adalah syarikat induk yang mempunyai 2K games dan Rockstar Game. WWE ini akan diuruskan oleh 2K Games dalam projeknya akan datang. Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada peminat siri WWE dan akan berusaha menjadikan WWE game yang lebih baik.