Game adalah dunia fantasi
maya di mana gamers boleh hidupkan melalui medium elektronik. Antara game dan
dunia sebenar...yang mana nyata dan yang mana ilusi?
Manusia telah
diciptakan dengan penuh kesempurnaan,
dengan kemahiran yang istimewa hinggakan tidak ada apa yang terfikir dek akal tidak boleh dilaksanakan. Pada artikel ini saya akan membincangkan secara ringkas mengenai isu bagaimana permainan video fantasi mencuri dan menyeluk saku hanyalah satu ilusi kosong bila dibandingkan dengan manusia sebenar dalam kehidupan seharian.
dengan kemahiran yang istimewa hinggakan tidak ada apa yang terfikir dek akal tidak boleh dilaksanakan. Pada artikel ini saya akan membincangkan secara ringkas mengenai isu bagaimana permainan video fantasi mencuri dan menyeluk saku hanyalah satu ilusi kosong bila dibandingkan dengan manusia sebenar dalam kehidupan seharian.
Dalam game
seperti Thief ataupun Assassin’s creed, kita lihat watak pencuri perlu menyusup
dengan perlahan tanpa di sedari oleh mangsa. Mesti bergerak dengan senyap dan
tanpa disedari untuk mengambil barang milik mangsa. Tak perlu nak bincang
pakaian watak pencuri, dari jauh orang dah boleh target ni mesti pencuri! Tapi
ia hanya sebahagian daripada hiasan permainan, so tak perlu nak panjang cerita.
Isu ini akan diperkatakan dalam artikel lain.
Yang menarik di
sini adalah bagaimana mereka boleh menyusup—bergerak tanpa di sedari dan tanpa
mengeluarkan apa-apa bunyi? Kalau korang macam mana...boleh buat tak? Begitu
kuat pengaruh dunia hiburan terhadap persepsi manusia kita boleh tengok
budak-budak bergurau jalan berjinjit macam Pink Panther konon tak nak buat
bunyi.
Apa yang saya
ingin ketengahkan di sini ialah sebenarnya apa yang ditunjukkan dalam dunia
hiburan, sama ada dalam televisyen ataupun dalam permainan elektronik, walaupun
ada yang betul mengikut fakta...kebiasaannya jauh menyimpang dari hakikat
sebenar dalam hidup ini.
Kepada semua
pembaca, saya tidak menggalakkan untuk mencuri...ia satu amalan buruk dan
dikutuk! Tetapi di sini saya ingin nyatakan—jadikan game sekadar untuk
berseronok...tapi jangan biarkan ia mengongkong perkembangan mental/fizikal dan
merosakkan keupayaan kita untuk mencapai potensi sebenar seorang manusia.
Kepada peminat
Assassin’s Creed jangan marah...assassin memang hebat tapi nak tahu siapa lebih
hebat? Diri kita sendir! Sebenarnya kita memiliki pelbagai potensi tersembunyi
yang kita tidak sedari. Yang tinggal adalah keinginan untuk menyelami dan
menyuburkan lagi bakat dan kelebihan yang ada.
Permainan adalah
untuk berhibur, bukan untuk bersembunyi dari masalah hidup. Kalau kita tidak
beranikan diri untuk menghadapi keperitan dan kesusahan dalam kehidupan...diri
kita tak akan berkembang dan selamanya lembam!
Tempuhi dunia
dengan berani dan realisasikan potensi anda!!!