MOUNT & BLADE WARBAND: PERSONAL REVIEW



Ingin melalui pancaroba kehidupan pahlawan di zaman medieval? Alami sendiri secara solo atau multiplayer dalam pengembaraan open-world di dunia Calradia...

Pernah terfikir bagaimana seorang pahlawan hidup di zaman medieval? Boleh bayangkan debaran mengayun pedang di atas kuda perang dalam pertempuran? Tahu tak perasaan mengembara ke penjuru dunia dengan cabaran mengumpul kekayaan dan kenalan? Bagaimana seorang rakyat biasa boleh bangkit mengumpulkan kuasa dan menjadi raja?

Mount & Blade: Warband pasti mampu memberikan jawapan kepada persoalan tersebut. Di terbitkan oleh Paradox Interactive hasil usaha Taleworld, sebelum ini ia di keluarkan dengan siri awal Warband sebelum di penambahbaikkan lagi dalam keluaran ini. Pertempuran yang jauh lebih mencabar dalam multiplayer dan pengembaraan di dunia luas Calradia pagi peminat singleplayer.

Mungkin ada yang terbaca bahawa bagi fungsi singleplayer dunianya terlalu besar untuk di terokai, musuh terlalu ramai untuk di hadapi dalam perang yang tanpa henti dan masa yang terlalu lama di perlukan untuk memahami, tapi di sinilah rahsia sebenar keunikan Warband yang ramai tidak sedar. Dunia permainan singleplayer adalah begitu luas ada pelbagai cara anda boleh mainkan dan tempuhi untuk mencari destini mengikut selera permainan masing-masing.

Tidak sabar untuk bermula? Main tutorial dulu sayang...
Tapi sebelum bermula perlu tahu apa bentuk permainan dalam Warband terlebih dahulu. Anda akan mengembara di pandangan jauh pada peta dunia, bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Tapi pertempuran adalah dalam pandangan macam first person shooter, guna pedang, busur, crossbow, baling kapak...dan anda boleh menunggang kuda.

Tak sabar nak cuba? Main tutorial dahulu. Warband direka di mana ia sifat fizik....er....bahasa mudah pergerakan objek dalam game mengikut hukum dalam dunia nyata. Objek berat seperti parang panjang lambat nak libas, nak tembak panah kena ambil kira lengkungan trajektori, kena rempuh kuda boleh terpelanting, dan banyak lagi. Teknik pedang juga unik sebab arah melibas dan tikaman pedang boleh di tentukan mengikut kawalan pemain. Nak tepis serangan pun kena kawal halang dari arah mana serangan (tapi boleh pilih automatic block kalau malas nak kawal).

Memang saya sendiri terasa remeh nak buat tutorial ni. Leceh nak dengar ceramah la, nak kena tunggang kuda sambil lempar tombak la, panah itu ini..tak kena kena buat lagi...bla bla bla...tapi percayalah kalau tak belajar tutorial memang sengsara nak kuasai teknik berlawan. Bagi saya multiplayer mungkin ada banyak keseronokannya tapi lebih gemar main singleplayer/solo...erm...sebab saya tak pandai berlawan, teruk kena belasah dengan pemain online...hehe...kantoi tak study tutorial...

Membunuh? Terbunuh? Bunuh ajer la...
Masa kini pemain hanya menggiurkan grafik yang cantik semata...apa yang berkilau di mata tak kira intan mahupun kaca kira sapu semua...dah terpotong dek kaca baru nak marah menghina...anyway kalau main Warband masa yang ada untuk menikmati grafik yang indah adalah semasa melawat kota atau lokasi khas. Kalau nak nikmati keindahan grafik semasa medan pertempuran alamatnya nak makan mata tombak musuh.

Sememangnya pertempuran dalam Warband memang mencemaskan sebab kalau main game yang asal (native dan bukan modifikasi oleh modder) nyawa sepanjang berlawan tidak akan bertambah. Kena pandai-pandai nak hidup. Tak boleh nak rempuh musuh sesuka hati...well, boleh kalau mampu nak beli kuda perang yang mahal dan lance...

Dengan kata lain teknik pertempuran dalam Warband bergantung sepenuhnya kepada cara permainan (dan cara upgrade skill character). Ingin rempuh dengan kuda? Mengamuk dengan kapak? Main kejar-kejar sambil tembak dengan panah? Crossbow pun ada...di samping anda perlu bagi arahan kepada pasukan sendiri di medan perang.

Ops lupa nak cakap...bukan sekadar jadi pahlawan di medan perang, pemain juga adalah pemimpin atau general kepada pasukan tentera sendiri...dah nama game ni WarBand (Pasukan Perang?)

Beli bang, jangan tak beli...tu, kuda kepang tu murah ajer...
Yep...kena kawal pasukan tentera, bagi latihan sebab setiap unit boleh upgrade kepada jenis-jenis berbeza ikut kesukaan pemain. Rasa nak pakai spearman? Axewarrior? Swardian knight? Ikut suka...tapi ikut la logik juga strategi, jangan nanti lawan musuh pemanah guna kapak nanti senak telan panah kalau askar takde perisai...

Kita boleh mengembara ikut suka sendiri dan cara sendiri...boleh lawat kampung atau kota dan ambil misi latih orang, buru penjahat, lawan bandit, hantar barang atau lindungi rombongan pedagang. Kalau ambil misi dengan pembesar atau raja boleh ambil hati mereka, jadi askar upahan raja atau kalau cukup terkenal boleh sertai negara sebagai pembesar.

Tapi awas sebab bila dah terlibat dengan politik, kena ikut cakap parti...er...ikut keadaan la, kalau join satu kerajaan yang bermusuh dengan kerajaan lain kita secara automatik dicap sebagai musuh. Jadi pastikan diri sendiri dan pasukan tentera cukup kuat (boleh upgrade level sendiri dan belajar skill-skill khas) dan mesti mempunyai kekayaan yang secukupnya.

Betul, kekayaan atau lebih tepat mesti ada duit yang cukup. Banyak nak pakai duit untuk maintenance pasukan tentera nih...lagi mahal dari maintenance awek. Nak kena beli makanan, rekrut unit kuat yang lebih mahal, bayar upah setiap minggu, nak makan pun kena bayar....dan modal untuk berniaga...

Kota yang indah permai...tempat orang singgah berdagang...
Perdagangan penting untuk cari duit banyak, cari duit untuk buat duit...selain dari beli barang murah dan jual kat tempat lain yang beli dengan harga tinggi, boleh beli perusahaan di bandar yang akan menyumbangkan untung yang lumayan setiap minggu. Lebih banyak duit maka boleh memiliki tentera peribadi yang lebih ramai dan lebih kuat. Tapi ingat kalau bermusuh dengan kerajaan yang memiliki kota itu, perusahaan kena tutup sampai aman semula...so sekali lagi diingatkan, hati-hati bila berpolitik.

Tapi bagi yang minat keganasan, duit boleh dicari dengan menyerang rombongan pedagang, rompak kampung dan jual rampasan perang. Tentera musuh yang dikalahkan juga menyumbang kepada sedikit pendapatan di samping musuh yang ditangkap  boleh dijual sebagai hamba (arah tentera guna senjata tumpul), kalau dapat tangkap pembesar atau raja lagi besar bayaran tebusannya.

Selain itu tidak lupa bahawa aspirasi tertinggi seorang pemain ialah menjadi raja pemerintah ke seluruh kerajaan Calradia. Kita perlu mengumpulkan pengikut (hero & heroin) dan juga pengaruh dengan para pembesar kerana mereka di kemudian hari akan menjadi tunggak untuk membina kerajaan baru. Hubungan baik perlu di bentuk dari awal permainan.

Kota yang indah permai...eh apasal letak tangga kat sini?

Kesimpulannya Warband adalah game yang mudah untuk dimainkan tetapi sangat susah untuk di kuasai. Tanpa sedar pemain akan menghabiskan beratus-ratus jam (tak tipu berbulan main pun tak puas...) menghadap Warband dari hari ke hari hingga ke hari tua...


Penghasil : Taleworld
Penerbit : Paradox Interactive
Pelantar : Microsoft Windows
Tarikh Keluar :  Mar 30. 2010


Akan datang adalah mengenai Mount & Blade di zaman senapang gunpowder dan juga mengenai mod yang direka oleh peminat Warband serta program tambahan untuk modifikasi game bagi menambahkan lagi nilai keseronokan permainan ini.

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...