Dari dunia kegelapan Bjal-Abbadon telah diseru ke alam fantasi Ardania...dunia
tidak lagi akan mengenal keamanan...perjuangan anda kini bermula...
Hantu, jembalang, raksasa,
dan pelesit dari segala macam ragam akan muncul membuat kekacauan di Ardania. Hero
dan heroin mulai bangkit menentang kuasa kegelapan. Adakah mereka akan berjaya?
Adakah semua raksasa akan tumpas? Kebenaran pasti menang? Tentu sekali tidak! Di
bawah pimpinan pemain, raksasa pasti berkuasa!
Musnahkan bandar manusia dan
elves, perhambakan gnome yang comel, melakukan ceroboh dan pernodaan di kuil
dan tanah suci, runtuhkan istana dan kedaulatan raja—hapuskan segala saki baki
penentangan dan memerintah selamanya di atas tahkta kegelapan.
Bjal-Abbadon? Jelingan
mata yang menggerunkan...
Impire merupakan satu
terbitan dari Paradox Interactive hasil usaha Cyanide Studio adalah berkait
rapat dengan keluaran terdahulu dari siri Majesty: the Fantasy Kingdom Sim.
Kini kisahnya berkisar dari persepsi monster di mana bermulanya perjuangan
demon (syaitan?) yang diseru bagi memuaskan dendam seorang ahli sihir yang
hauskan kuasa. Membina sarang bawah tanah, melatih askar-askar raksasa dan
hantar mereka dalam unit skuad untuk membuat onar di dunia manusia.
Tetapi bagi pemain veteran
pasti mengecam persamaan dari segi konsep dan gaya permainan sama seperti siri
Dungeon Keeper. Mungkin ramai yang mengharapkan sesuatu yang sama atau lebih
baik akan merasa hampa kerana walaupun Impire kelihatan seperti Dungeon Keeper,
ia mempunyai konsep dan gaya permainan yang tersendiri. Walaupun wujud fungsi perangkap
dalam dungeon dan magic spell tetapi Impire lebih mengutamakan pertempuran dalam
skuad-skuad unik disamping menggunakan kuasa demon Bjal-Abbadon, pemerintah
segala kegelapan.
Perkembangan permainan juga
lebih ke arah RPG yang diselangi dengan jalan cerita sampingan yang melucukan
dengan adanya watak seperti penasihat bagi raja raksasa, Oscar van Fairweather
dan lain-lain lagi watak yang istimewa. Hubungan antara mereka dalam dunia Impire
mewujudkan suasana yang hidup dengan pelbagai konflik dan kejadian yang
mengharu-birukan keadaan di sepanjang perjuangan demi mendaulatkan Bjal-Abbadon
sebagai raja kegelapan yang tiada tandingan.
Ha ha ha...hantu raya...lari!!!
|
Bagi veteran yang tetap akan
marah kalau permainan ini tidak cukup mendalam seperti Dungeon Keeper perlu
sedar, ini adalah Impire yang mempunyai konsepnya yang tersendiri dan ada
keunikan tersendiri yang tidak ada pada Dungeon Keeper. Impire mengutamakan
konsep kerjasama dari pelbagai monster yang berbeza bagi membentuk skuad yang
boleh memberi kelebihan antara ahli-ahli skuad. Disamping itu penggunaan
beberapa skuad yang masing masing mempunyai kandungan raksasa yang berbeza akan
dapat mementukan antara kemenangan atau kekalahan di medan perang.
Terpulang pada pemain
sendiri untuk mempelajari dan memilih apa yang menarik mengikut corak permainan
masing-masing. Disamping itu Bjal-Abbadon sendiri boleh mengumpul exp (diperolehi di penghujung setiap misi,so
pastikan anda tidak tinggalkan sidequest yang diberikan...jangan menyesal nanti
kena repeat semula chapter) dan membesar dengan laluan evolusi yang di
pilih oleh pemain sendiri.
Kemenangan juga mengikut
falsafah dalam Impire bukan di tentukan tentera siapa yang lebih ramai atau
lebih kuat tetapi bagaiman ia di gunakan mengikut peluang yang ada. Hey, kita
geng raksasa apa nak malu kalau lari dari perang? Bila dalam bahaya, teleport
sahaja skuad yang teruk di belasah hero ke barisan belakang. Biasa la, mesti
main kotor, mesti pandai pukul curi dan buli yang lemah. Umpan unit hero/heroin
dengan Bjal-Abbadon dan serang hendap dengan skuad monster, teleport mereka di
semua arah beramai-ramai. Kalau tak pandai nak lawan sorang musuh secara
berjemaah macam mana nak jadi setan?
Bjal-Abbadon adalah raksasa
yang gagah dari lohong gelap tanpa akhirnya. Ya, mungkin pada awal rupa dia tak
kurang macam toyol tapi dari peringkat ke peringkat dia akan meningkat kuat.
Bentuk perkembangan Bjal-Abbadon ni terserah pada pemain sendiri untuk
menentukannya. Anda inginkan raksasa pembunuh atau pelesit yang memuntahkan api
kemusnahan? Atau raja demon yang mengeluarkan aura pembunuh yang menjadikan
segala raksasa gilakan darah.
Kita bakor aje!!!
|
Secara kesuluruhan Impire
mempunyai grafik dan kawalan yang kemas daripada reka bentuk watak hingga ke
fauna yang mewujudkan suasana kelam yang sepatutnya menyeramkan jika tidak ia
di sulamkan dengan jalan cerita dan cinematik yang berbentuk komedi. Kawalan
permainan melalui keyboard atau mouse semuanya lancar dan memudahkan pemain.
Cuma sedikit kelemahan ialah kekurang shortcut keys yang pasti boleh melicinkan
lagi rentak permainan, terutama waktu-waktu cemas bila ada hero Ardania datang
menceroboh.
Ocopot mak kau meletup!!!
|
Setiap misi baru mempunyai peta
utama yang tidak banyak perbezaan bergantung kepada jalan cerita dan susunan
bangunan yang agak sama. Cuma berbeza adalah peta kawasan permukaan tanah dan area
istimewa bergantung kepada misi setiap chapter permainan.
Perlu ditekankan, walaupun
Impire kelihatan seperti satu game berunsurkan RTS, ia memiliki banyak
ciri-ciri RPG dalam rentak permainannya. Jangan lupa untuk selongkar semua
ceruk peta untuk mencari harta atau rahsia yang tersembunyi.
Dan yang paling penting
pengembaraan dan peperangan bagi pihak kegelapan adalah berkisar pada kisah
perjuangan Bjal-Abaddon...segalanya adalah tentang dia. Gunakan demon ini
dengan sepenuhnya dan pemain pasti berjaya!
P.S. Bagi mereka yang
sangkut pada misi Torch Puzzle…memang mengarut dia sebut klu tu sekali saja…apa
ingat orang punya ingatan power sangat nak hafal semua benda hamjadah tu…so kat
sini saya senaraikan Torch Puzzle Clue
(For Whom the Cowbell Tolls):
BLUE IS TO THE LEFTISH OF RED, BUT NOT IN THE MIDDLE.
RED IS NOT NEXTISH TO GREEN, BUT IS TO THE LEFTISH
NEXTISH TO YELLOW.
YELLOW IS NEITHER FIRST NOR LASTISH.
PURPLE IS NEXTISH TO ONLY ONE TORCH, THE BLUE ONE.
GREEN IS SOMEWHERE RIGHTISH OF RED... I MEAN REDISH.
BIRU DI SEKITAR KIRI MERAH, TAPI TIDAK DI TENGAH.
MERAH BUKAN DEKAT HIJAU, TAPI DI KIRI DEKAT KUNING.
KUNING BUKAN YANG PERTAMA ATAU YANG TERAKHIR.
UNGGU HANYA DEKAT DENGAN SATU PELITA SAHAJA, YANG WARNA
BIRU.
HIJAU ADA DI SEKITAR KANAN MERAH.
HIJAU ADA DI SEKITAR KANAN MERAH.
Penghasil : Cyanide Studio
Penerbit : Paradox Interactive
Pelantar : Microsoft Windows
Tarikh Keluar : February
14, 2013