Impire Game Guide (Malay Version)
For
English version of this guide please GO HERE
Permulaan dungeon yang pantas…
Permulaan biasa
ialah memastikan penghasilan makanan (mushroom)
berjalan lancar—pastikan ada imp yang diarahkan bekerja di setiap fasiliti!
Seterusnya nursery dan kitchen dan apa-apa bilik yang termampu dari segi budget
tapi pastikan ada material yang cukup untuk bina satu store room—sangat penting
bagi perkembangan dungeon.
Hantar satu skuad
(skuad pertama) untuk melakukan raid
secara berterusan bagi mengumpulkan material dan sekali raid bagi treasure bagi
mendapatkan 10 treasure pertama cukup untuk membuka satu lagi skuad. Pada
lain-lain peringkat bila dah dapat rune yang diperlukan, raid yang dibuat akan
menyumbangkan mata DEC yang boleh digunakan untuk buka satu skuad lagi dengan
segera sehingga maksimum lima skuad. Masa yang paling sesuai untuk buat raid
sebaik sahaja lepas mengalahkan serangan hero, boleh dapat sekurang-kurangnya
lima atau enam kali raid sebelum amaran “ladder” seterusnya.
Material adalah
sumber yang sangat penting untuk sentiasa dikumpulkan. Manakala mushroom pula
akan bertambah mengikut masa asalkan imps kekal menjalankan tugas...so untuk
pastikan ada imp yang cukup untuk mengumpul dan mengangkut mushroom, buat imp
seramai yang mungkin. Treasures hanya diperlukan untuk menambahkan jumlah
skuad. Paling banyak 150 treasure sahaja jadi cuma perlu bina tiga treasure pit
sahaja.
Pastikan training
room sedia segera—ia perlu untuk melatih raksasa dan skuad ke lvl 2. Mungkin
sekadar satu level peningkatan tapi bezanya ialah skuad yang level lebih tinggi
akan menyumbangkan lebih banyak skill khas yang dikongsi oleh semua ahli dalam
skuad. Jika mampu, upgrade armour dan senjata monster (satu lagi sebab kena lvl up monster)...jadi pasti sedar pentingnya
aktiviti raid untuk mengumpulkan material secukupnya untuk upgrade.
Dalam paparan
kawalan skuad, pastikan ada sekurang-kurangnya dua atau tiga skuad dengan
arahan patrol. Kenapa patrol? Sebab bila skuad-skuad ini jumpa ladder mereka
akan serang tanpa disuruh dan ini menjimatkan masa. Tinggalkan satu atau dua
skuad selebihnya pada pintu masuk dungeon untuk menunggu serangan hero.
Mempunyai masalah
untuk memberi makan kepada monster? Pertama pastikan kitchen dibina dekat
dengan pintu masuk supaya skuad yang baru balik dari raid boleh terus pergi
makan. Ada orang memilih untuk bina lebih dari satu kitchen tapi pada pendapat
saya, jika berjaya dapat runes, terus dapatkan upgrade guna mata DEC supaya
boleh guna mascot Hater. Maskot ini akan kurangkan keperluan skuad untuk kerap
pergi kitchen untuk makan. Masa jimat, kurang kesesakan fasiliti dan kurang
risiko diserang hero.
Selain itu jangan
lupa untuk rekrut lebih monster walaupun jumlah melebihi dari ruang untuk
skuad. Letakkan mereka di pintu masuk sebagai pengawal tambahan. Mungkin mereka
tak dapat kelebihan bonus skuad tapi lagi ramai lagi meriah...kita boleh lanyak
hero beramai-ramai. Pastikan mereka juga dilatih ke lvl 2 dan upgrade senjata
dan armour jika mampu serta dari masa ke semasa bagi mereka makan. Pada jangka
masa panjang mereka berguna untuk gantikan ahli skuad yang terbunuh.
Sebagai
peringatan terakhir...letakkan sekurang-kurangnya satu priest dalam setiap
skuad sebagai healer...skuad akan tahan lebih lama bila berhadapan dengan musuh
yang kuat.
Berlawan?
Setiap skuad tak
sama dengan individu monster...bonus yang diberikan oleh skuad adalah sangat
penting ia merupakan tunjang utama sistem pertempuran dalam Impire. Gabungan
pelbagai yang mempunyai campuran monster yang berbeza (jangan letak lebih dari satu monster yang sama jenis dalam satu
skuad...merugikan ruang bonus) Gabungan tersebut akan menghasilkan efek
yang menarik ketika pertempuran di mana satu skuad boleh resist fear (berani?), satu boleh turunkan nilai
perisai musuh, satu boleh buat musuh jadi pening/bengong...dan macam-macam
lagi, terserah kepada pemain untuk menentukannya.
Teknik terulung
dalam pertempuran boleh diringkaskan dalam tiga perkataan...teleport, teleport,
teleport!
Nak musnahkan
musuh? Teleport dekat sebelah dia satu demi satu (buat masa ini mungkin tak ada update untuk teleport semua skuad serentak).
Seelok-eloknya gunakan semua lima skuad yang ada...kerana kehilangan walaupun
satu ahli skuad adalah perkara yang amat merugikan (walaupun ada kombinasi yang bagi bonus bila ahli skuad mati seperti
letupan kamikaze) sebab ia akan menghilangkan bonus skuad yang disumbangkan
oleh ahli yang telah terkorban. Jadi untuk jangka masa panjang adalah lebih
baik mengekalkan semua ahli skuad selama yang boleh...bukan senang nak lvl up
monster sampai lvl 3 dan lengkap dengan upgrade senjata dan armour...er,
mungkin agak mudah tapi buang masa jugak. Senang cerita bergantung kepada
pemain sendiri, ingin korbankan ahli skuad atau tidak asalkan kita seronok
bermain.
Dan bila nak
teleport, jangan skema sangat teleport semua skuad tu kat satu tempat. Sebarkan
keliling, hentam musuh dari semua arah. Tak payah nak gentlemen sangat (atau gentlegirl...>_<), janji
menang.
Rasa-rasa nak
kalah? Perhatikan jumlah nyawa skuad (sama
ada tekan butang spacebar atau buka squad management window) dan jika skuad
nak mati sangat teleport sahaja ke barisan belakang dalam medan pertempuran.
Unit musuh secara automatik akan target unit yang lebih banyak jumlah nyawa so
skuad yang lemah akan selamat (tak pasti
kalau ada update yang akan ubah sifat AI untuk target unit yang nyawa
sedikit—pasti akan buat permainan lebih susah, siapa tahu). Yang pasti
kalau skuad yang tengah berlawan tak cukup ramai, teleport semua skuad yang ada
untuk membantu.
Jangan takut nak
lari dari medan perang. Kalau terserempak musuh yang ramai sangat teleport
semua skuad ke tempat yang selamat dan teleport Bjal-Abbadon last sekali pasal
nyawa dia banyak dan boleh respawn semula. Berundur dan rancang semula apa nak
buat lagi elok dari mati...betul tak?
Bjal-Abbadon...demon
dari lohong gelap tanpa sempadan (betul
ke translation ni?) Dia adalah monster terkuat yang ada dan kalau dia mati
akan muncul semula kat dungeon entrance. Gunakan dia sepenuh-penuhnya!!! Yang
terbaik, kalau nak explore, guna Bjal-Abbadon. Bila diserang musuh baru panggil
skuad untuk tolong (sebab musuh dah
target Bjal). JANGAN arahkan
skuad untuk follow Bjal-Abbadon. Tak
setuju? Pada pendapat saya kerana:
- Lebih baik skuad digunakan untuk patrol atau pergi makan.
- Kalau musuh nampak skuad dulu, mereka akan serang skuad dan ada kemungkinan ahli skuad akan mati.
- Lebih teruk kalau akan menarik perhatian satu kumpulan hero (dah main baru faham—ada hero yang dalam patrol mode) nanti tak sempat nak teleport semua untuk lari (satu lagi sebab perlunya kawalan untuk teleport semua serentak...)
- Sama dengan sebab no. 3, kalau Bjal-Abbadon jalan sendiri, senang nak lari...takde skuad nak menyemak halang laluan Bjal, lagipun kalau kerap mati nanti kurang exp points untuk Bjal-Abbadon upgrade di penghujung misi.
Satu teknik yang
saya gunakan adalah jadikan Bjal-Abbadon sebagai umpan. Bagi musuh kejar dan
tarik mereka ke arah skuad yang sedia menunggu di belakang. Hero akan ikut satu
demi satu dan bertemu dengan satu sambutan yang meriah untuk
mereka...hewhewhew...
Akhir sekali
kalau jauh sangat dari lokasi dungeon atau nak ganti ahli skuad (sebab mati atau jumpa monster jenis baru
nak digunakan)...tolonglah jangan biar dia orang jalan kaki jauh-jauh
sangat. Teleport sahaja ke lokasi yang dikehendaki. Kalau teleport ke tempat
yang sama bagi kes nak ganti ahli skuad, semua ahli skuad penuh akan muncul
jadi tak perlu nak tunggu rekrut baru sampai. Jalan kaki ni kolot la...tu semua
amalan manusia. Macam mana nak jadi monster yang berjaya kalau asyik nak
berjalan ajer...
Dalam skuad
management window kita boleh ubah preference atau perangai skuad. Ada beberapa
perkara yang perlu diingati:
- Patrol order: sifat ini akan menyebabkan skuad bersikap agresif dan serang apa sahaja yang mereka jumpa...termasuk ladder.
- Follow Bjal-Abbadon: bagi saya tak berguna sangat seperti sebab yang telah dinyatakan...tapi bagi saya main ikut suka, asalkan kita gembira.
- Butang berbentuk kotak: ini akan tukar apa imp akan buat pada hero penceroboh yang skuad kalahkan...tukar jadi material, letak dalam penjara untuk dapat treasure, atau campak aje dalam extractor untuk dapat dungeon point (mata DEC).
Bangunan penting
Nursery &
Kitchen (& Dive) : penting, benda pertama yang perlu di bina.
Storeroom:
pastikan buat satu pada peringkat awal. Seelok-eloknya ada sekitar lima dungeon
atau lebih untuk simpan material tambahan untuk keperluan jangka masa
panjang...buat unit baru, buat perangkap dan upgrade unit.
Treasure pit: max
3 cukup.
Training: secepat
mungkin...skuad dan monster lvl 2 adalah jauh lebih baik dari lvl 1.
Workshop: penting
tapi buat bila ada material lebih yang cukup.
Perkara yang perlu di awasi
Musnahkan semua ladder yang muncul dan lawan
hero penceroboh di pintu masuk dungeon. Kalau di biarkan mereka menceroboh
secara random, ada kemungkinan boleh merosakkan bilik atau bunuh imp...ini akan
merugikan masa dan material...a akan jadi lebih berbahaya kalau bilik yang
dirosakkan adalah penting seperti kitchen atau nursery...dan dalam kekecohan
juga boleh terlupa nak arahkan imp untuk bekerja di bilik yang baru di baiki.
Bila menyeru imp
jika Bjal-Abbadon berada dekat pintu masuk dungeon, perlu ingat untuk arahkan
imp yang baru muncul untuk pergi ke tempat lain. Jika tidak bila ada hero penceroboh
yang masuk ikut pintu masuk, imp akan mati dulu. Alihkan imp dan buat beberapa
ekor ayam perangkap. Ayam perangkap lebih baik dari perangkap lain sebab ayam
boleh bergerak dan tak perlukan workshop untuk dihasilkan. Lagipun ada had
maksimum perangkap boleh di buat jadi ayam yang boleh bergerak lebih fleksibel
dari perangkap statik.
Kotak
harta...hati-hati bila nak buka terutama yang terdapat di dalam dungeon dan
dijaga oleh sekumpulan hantu jembalang (wight, wraith, skeleton). Kalau dibuka
mungkin ada monster yang akan keluar...monster yang sangat-sangat kuat.
Pastikan semua skuad yang ada sedia menunggu, upgrade lvl 2 dan senjata dan
armour yang secukupnya. Cuma sekadar satu peringatan.
Bila nak hantar
skuad untuk buat raid, ambil perhatian pada jumlah tengkorak pada ikon lokasi
raid...hantar skuad lvl 1 ke lokasi dengan 2 atau lebih tengkorak boleh
menyebabkan semua ahli skuad terbunuh...ataupun mungkin mereka dapat lebih
experience dan upgrade jadi lvl 2 atau lvl 3...seperti yang saya main ikut suka...rasa
seronok nak ambil risiko itu pilihan anda. Tapi hantar skuad ikut kemampuan ada
kebaikan sebab mereka kurang cedera tau mati, dapat experience dan hasil
rampasan dari raid yang lebih baik.
Torch Puzzle Clue
(For Whom the Cowbell
Tolls):
Bagi mereka yang
sangkut pada misi Torch Puzzle…memang mengarut dia sebut klu tu sekali saja…apa
ingat orang punya ingatan power sangat nak hafal semua benda haram jadah tu…so
kat sini saya senaraikan:
Biru di sekitar kiri merah, tapi tidak di tengah.
Merah bukan dekat hijau, tapi di kiri dekat kuning.
Kuning bukan yang pertama atau yang terakhir.
Unggu hanya dekat dengan satu pelita sahaja, yang
warna biru.
Hijau ada disekitar kanan merah.
Hijau ada disekitar kanan merah.