DmC : Devil May Cry Personal Review.


*** Review ini mengandungi spoiler, sesiapa yang belum bermain dan tidak mahu tahu jalan cerita jangan baca review ini.

Dmc: Devil May Cry telah pun berada dipasaran, dan saya pasti mesti ramai yang sudah habiskan game ini dan mara ketahap yang lebih sukar. Saya pun telah habis main tapi hanya diperingkat HUMAN sahaja memandang saya ada komitmen lain. 


Dmc: Devil May Cry, saya sukakan game ini dan mungkin saya akan jadikan ia koleksi kegemaran saya memandangkan saya adalah peminat devil may cry dan juga disebabkan ianya menarik. Memang Dante kali ini diubah suai sebanyaknya untuk menampakan dante versi remaja. Dan saya rasa ianya berjaya dan paling best ialah ianya memang dante yang sama. 



Gameplay kali ini akan sukar bagi saya (mungkin kerana ini kali pertama saya bermain DmC di PC) kameranya yang manual meyukarkan saya melihat kedudukan musuh dan apa yang saya buat cuba libas pedang berharap ianya mengenai musuh. dan juga kawalan mengunakan senjata demon dan angel yang mana agak sukar untuk digunakan berselang seli(mungkin kawalan di konsol seperti Xbox 360 dan PS3 lebih mudah). 



Dan apa yang saya harapkan agak tidak mengena kerana saya cuma harapkan DmC: Devil May Cry ini adalah cerita sewaktu Dante masih muda dan kemudiannya menjadi Dante yang kita pernah main sebelum ini, tapi Dante versi  DmC: Devil May Cry ini telah di reboot bermaksud Dante direka semula termasuk sejarah hidupnya yang dimana kali ini Dante bukan lagi separuh manusia dan separuh syaitan tetapi separuh malaikat dan separuh syaitan yang di panggil "Nephilim". tetapi selain itu ianya hampir kepada kisah Dante yang Original.



Bos terakhir Mundus, bagi saya bos yang senang berbanding bos bos yang lain di dalam game ini, dan hampir seperti game Devil May Cry yang sebelum ini, cuma kali ini agak senang. bukan senang kerana senang dikalahkan cuma tidak perlu pecahkan kristal, tidak perlu elak laser besar, cuma kali ini cuma melompat ke dua tempat, serang tangan kiri dan kanan dan akhir sekali dimuka dan Mundus kalah. Agak terlalu ringkas, 



Vergil, siapa yang mengikuti Devil May Cry sebelum ini pasti tahu Vergil adalah kembar Dante yang Jahat. dan selepas berjumpa dengan Vergil kali pertama dalam game ini, saya ternanti nanti bila vergil akan bertukar menjadi jahat. Dan setiap level saya ternanti nanti saat itu. Hampir kecewa sehinggalah Mundus dikalahkan. Rupanya ada satu level terakhir sekali. Disitu rupanya menunjukan kejahatan Vergil yang rupa-rupanya tujuan Vergil mengalahkan Mundus tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk mengantikan tempat Mundus, Menguasai Dunia. Okay, puas hati.



Keseluruhannya jalan cerita game ini agak pendek bagi saya. Cuma ianya dipanjangkan dan dilamakan dengan melawan bos, setiap bos kita kena melalui 3 atau 4 level untuk bertemu bos. yang mana sebelum ini satu level untuk satu bos.Game yang menarik dengan semua perubahan dan gameplay yang baru. Tetapi saya lebih meminati Devil May Cry 4. Mungkin selepas ini adalah lagi DmC: Devil May Cry 2 pula. siapa tahu. mungkin dengan jalan cerita yang lebih mantap. :)  



Video ini adalah perlawanan bos terakhir dan ending.. saksikan

Related Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...