Bagi peminat Filem Aliens, game ini mungkin boleh dijadikan pengubat rinduAlien: Colonial Marine telah pun berada dipasaran beberapa minggu yang lalu, macam biase, pasti sudah ramai yang memainkan game ini. Dan game ini telah di kritik ramai pemain pemain diseluruh dunia. Saya pun pada asalnya malas nak main game ini. Tapi sementara menunggu Tomb Raider, main lah Alien: Colonial Marine ini. Saya bermain di mode Campaign, Level Soldier.
Game ini sebenarnya lebih kepada filem dan drama, ianya mempunyai jalan ceritanya sendiri dan bagi peminat Filem Aliens, game ini mungkin boleh dijadikan pengubat rindu. Saya pun tertarik kepada jalan cerita game ini. Tapi bagi saya itu sahaja kekuatan game ini.
Gameplay game ini memang banyak kelemahan, upgrade senjata yang tidak banyak gunanya, dan tak banyak pilihan. Senjata-senjata yang dikatakan icon movie pun tak menarik sangat. Senang kata "boleh lah" dan paling tak interaktif adalah aliennya. Kaku! Ibarat macam main game 10 tahun yang lepas, yang menarik hanya kebolehannya bergerak disemua permukaan seperti dinding, siling dan boleh melompat lompat, tapi tak sama hebat dengan alien di filem, cuma ada sedikit elemen kejutan.
Game ini sebenarnya boleh dijadikan game Survival Horror. Cuma grafik kat sini agak low, atau design yang simple, gameplay memang licin, pantas, tapi agak mengecewakan bagi saya, design alien tak cukup detail. Alien pun tak banyak seperti yang diperkatakan, atau memang banyak yang lain dan saya tak perasaan?
Yang saya nampak alien biasa (Xenomorph), macam ketam telangkup di muka (Face Hugger), jenis yang meletup jadi bom asid (Boiler), macam badak sumbu (Crusher) yang ludahkan acid, dan 2 jenis bos, satu yang kena dibunuh dengan robot loader (Warrior) dan satu lagi Queen (yang biasa kita tengok dalam filem). Tak banyak variasi alien yang lain seperti yang diperkatakan.
Kesimpulannya, Game Alien: Colonial Marine, cukup sekadar menghilangkan bosan dan menghilangkan rindu bagi peminat Alien. Tapi nak di jadikan koleksi? mungkin tidak. Game ini game santai, dan Game ini ada sambungan agaknya sebab ending dia macam tergantung.Cuba lah bermain game ini dan Dapatkan yang Original :)