Mungkin kecewa untuk sesetengah peminat Tomb Raider untuk merasai sendiri demo permainan ini sebelum di keluarkan. Menurut Karl Stewart dari studio game Dynamic Crystal, dipetik dari twitternya menerangkan untuk tidak mengeluarkan demo game kerana tidak mahu 'spoil' kan jalan cerita.
Namun di Youtube sudah banyak video mengenai Tomb Raider dan juga cara permainan serta walkthourgh yang ditunjukkan. Jadi kenapa tidak keluarkan sahaja?
Mungkinkah video di Youtube itu sekadar demo untuk menunjukkan bagaimana gameplay nya dan juga itu bukan jalan cerita yang sebenarnya.
Pada sesiapa yang tidak tahu, siri Tomb Raider kali ini adalah mengisahkan asal usul Lara Croft, dari seorang wanita yang lemah dan menjadi wanita yang tabah dan kuat. Kapal yang Lara naiki telah di pukul ribut dan terdampar di sebuah pulau tropika. Lara perlu berusaha untuk terus hidup di pulau tersebut dengan menghadapi pelbagai rintangan dan halangan.
Tomb Raider akan berada dipasaran pada March 5 2013.